Archive for the ‘Masalah Lelaki dari Harian Metro’ Category:


Rahsia dan Tips Tahan Lama

option
Powered By WPOptinForm
Tahan Lama Di Ranjang Adalah Idaman Lelaki

SAYA ingin bertanya kepada doktor mengenai penggunaan ubat kuat seks atau krim seks. Adakah penggunaan ubat seperti ini akan mendatangkan kesan jangka panjang seperti masalah mati pucuk di kemudian hari? Sesuaikah ubat kuat digunakan ketika bersama isteri?

Untuk pengetahuan doktor, saya mengalami masalah klimaks yang sangat cepat ataupun gagal tahan lama. Paling lama saya mampu bertahan untuk tiga hingga tujuh minit saja. Harap doktor dapat memberi ulasan mengenai produk yang saya nyatakan tadi. Terima kasih.

ZAIMI, Kajang

Anda mungkin tahu bahawa bukan anda seorang saja yang mengamalkan penggunaan krim seks atau ubat kuat. Sebenarnya, lebih ramai lelaki kerap mengamalkannya untuk tujuan yang sama tanpa mengira kesan sampingan atau kesan jangka panjang yang boleh berlaku kepada kesihatan mereka dan pasangan.

Anda mengamalkan bahan berkenaan kerana mahu beraksi lama atau tahan lama. Anda juga hanya mampu bertahan tiga hingga tujuh minit apabila beraksi dan anda percaya masa itu tidak cukup atau tidak normal seperti orang lain.

Sebenarnya, untuk melayari bahtera suami isteri, seseorang itu perlu mempunyai kesihatan yang baik, tahap fizikal dan stamina yang mantap.

Selain itu anda perlu mempunyai daya kawalan minda yang kukuh supaya dapat mengawal diri daripada ejakulasi cepat atau dapat mengawal ejakulasi sehingga pasangan anda mencapai kemuncak.

Pendek kata, apa yang jelas mengenai kemampuan syahwat dan daya aksi seksual dengan pasangan ialah minda yang cergas, daya tumpuan yang kukuh, tubuh badan yang sihat dan daya kawalan beraksi ketika bersetubuh.

Krim, ubat kuat atau makanan tambahan hanya berfungsi sebagai bahan sokongan, itupun jika ia benar-benar berkesan. Kebanyakan produk dalam pasaran tidak pernah dikaji dan hampir keseluruhannya mengandungi bahan kimia terlarang yang boleh menyebabkan masalah kesihatan.

Anda perlu berwaspada dengan iklan ubat kuat atau krim ajaib yang kononnya dapat membantu melewatkan ejakulasi. Mengenai masalah cepat klimaks, definisi sebenar ialah apabila ejakulasi berlaku lebih awal daripada yang diharapkan atau apabila ejakulasi berlaku kurang seminit dari peringkat ereksi masuk dan pencapaian ejakulasi.

Jadi tiga hingga tujuh minit itu dikira normal jika masa yang anda kira itu bermula dari saat memasukkan ereksi sehingga ejakulasi berlaku.

Jika anda mengira dari mula beraksi, termasuk aksi pemanasan dan penetrasi, masa itu boleh dikira agak cepat. Anda perlu memahami dan mempelajari teknik persetubuhan yang tepat.

Contohnya, tekanan kepada penghujung kemaluan dikurangkan dengan cara mengekalkan ereksi di dalam kemaluan isteri tanpa dikeluarkan, sambil meningkatkan geselan bahagian pangkal kemaluan ke langit kemaluan isteri. Ia dikenali sebagai ‘Coital Alignment’.

Cara ini dapat mengurangkan geselan hujung zakar dan secara langsung dapat memanjangkan aksi hubungan suami isteri. Jika penghujung zakar amat sensitif, mungkin dengan cara menggunakan gel ‘local anaesthetic’ (pengebas) dapat membantu mengurangkannya.

Krim pengebas yang dijual di luar sana sebenarnya tidak tulen. Hakikatnya, ia hanya sejenis ubat peradang kulit dan tidak selamat untuk digunakan secara kerap. Anda boleh dapatkan gel pengebas daripada doktor.

Share


Suami Jemu Lakukan Hubungan Seks

option
Powered By WPOptinForm

Selera seks lelaki amat  pelik juga. Bukan sahaja kaum perempuan. Sebab itu tidak boleh katakan lelaki terus di petik suis akan menjadi. Sebenarnya banyak faktor yang menyebabkan suami menjadi jemu dalam hubungan seksual. Antara punca utama adalah keletihan atau stress di tempat kerja. Ok, dalam posting kali ini, saya ingin berkongsi satu persoalan yang dituju oleh seorang Isteri kepada Dr Ismail Thamby yang disiarkan di dalam Metro Ahad.

SAYA dan suami jarang melakukan hubungan intim, iaitu hanya sekali seminggu dan ada kalanya tiada langsung.

Saya menyuarakan perkara ini kepada suami dan suami menyatakan dia mudah jemu. Saya kurang faham, sedangkan saya tidak pernah jemu untuk bersama kecuali ketika haid. Adakah ia disebabkan bentuk badan saya yang gemuk atau perkara lain? Tolonglah doktor, saya ingin menambah bilangan anak.

ANIS
Marang, Terengganu

Dalam hal ini, masalah puan ialah kurang mendapat kerjasama suami dalam melakukan hubungan intim. Puan juga sedar puan tidak mempunyai tubuh menarik seperti dulu dan ini mungkin antara punca masalah itu berlaku.
Mungkin ia juga disebabkan suami keletihan dan tertekan dengan kerja. Nampaknya suami memerlukan motivasi puan. Ikutlah kesesuaian supaya suami mudah dan hendak bersama tanpa puan ‘memaksanya’.

Kadangkala lelaki agak pelik. Sewaktu isteri dingin, suami akan hangat dan ketika isteri subur dan mempelawa, mereka pula menolaknya. Malah ada juga suami mati pucuk ketika isteri subur dan pulih apabila isteri dalam keadaan biasa.

Suami seperti ini perlu diberi ubat perangsang dan ubat yang dapat melancarkan peredaran darah dalam zakar, terutama apabila isteri subur.

Yang penting, dalam perkahwinan perlu ada wawasan dan perancangan bersama untuk membina keluarga, termasuk bilangan anak dan keadaan ekonomi. Tanpa komunikasi baik, memang sukar meluahkan perasaan dan fikiran masing-masing.

Cuba bermuafakat dan bekerjasama untuk membina keluarga sejahtera. Insya-Allah apa jua hajat anda berdua yang baik akan dimakbulkan Tuhan.

 

Share


Bernafsu Terhadap Lelaki dan Wanita

WALAUPUN mempunyai teman wanita, nafsu dan keinginan saya terhadap kaum sejenis berbangsa Cina dan berumur terlalu kuat. Kini saya menjalin hubungan dengan tiga lelaki dan kami selalu mengadakan seks setiap hujung minggu. Saya tahu ia salah dan saya ingin kembali ke pangkal jalan.

LELAKI KELIRU
Kuantan

Minat Lelaki dan Perempuan
Minat Lelaki dan Perempuan

Anda kategori biseksual kerana mempunyai teman wanita dan dalam masa sama menjalin hubungan dengan lelaki. Di samping itu, anda obses terhadap lelaki berbangsa Cina yang berumur (tua).

Anda juga sering mengadakan hubungan seks dengan lelaki. Alhamdulillah, anda menyedari perbuatan itu salah dan ingin keluar dari kancah seks songsang.

Jika bersedia untuk berubah, bermakna anda juga bersedia menghentikan hubungan dengan ketiga-tiga lelaki berkenaan dan fokus perhatian anda pada teman wanita.

Selagi anda berhubung dengan tiga lelaki berkenaan atau mana-mana lelaki, anda sukar melepaskan diri daripada terus menjalin hubungan songsang yang sebenarnya memberi mudarat kepada saudara dalam jangka panjang.

Selain itu, anda perlu mengelak apa jua bahan berunsurkan seksual, lelaki tua dan berbangsa Cina, termasuk menerusi Internet, dan bersosial dengan mereka bagi mengurangkan seterusnya menghilangkan perasaan obses itu.

Dalam hal ini anda perlu ada azam tinggi, iman serta jati diri dalam peralihan ke arah positif. Anda juga boleh mendapatkan bimbingan pakar kaunseling bagi mengatasi masalah itu.

Share


Benjolan di Buah Zakar

MUNGKIN ada di antara anda pernah atau sedang mengalami benjolan, ketulan atau ketumbuhan di celah kangkang atau di buah zakar. Berdasarkan e-mel yang saya terima, saiz ketulan berbeza-beza. Ada kes ketulan berkenaan mempunyai saiz seperti mata ikan, malah ada juga yang sebesar saiz bola golf.

kangkang-lelakiNamun, sebahagian besar lelaki biasanya bersikap endah tak endah mengenai sebarang perubahan kecil pada anggota badan terutamanya apabila berkaitan bahagian alat sulit. Apabila ia mula membesar sehingga menimbulkan ketidakselesaan kepada mereka, barulah mula terasa bimbang.

Nasihat saya segera berjumpa dengan doktor untuk mengenal pasti masalah berkenaan. Ini kerana dikhuatiri ketulan atau benjolan itu adalah perubahan pra kanser atau tanda awal penyakit berbahaya.

Sebaiknya cepat-cepat merujuk kepada doktor pakar kerana ada kalanya penyakit itu boleh mengancam nyawa sekiranya ia berada pada tahap kritikal dan tidak boleh diselamatkan lagi. Kebanyakan kes yang saya kendalikan, ramai lelaki tidak mengambil berat ketulan di buah zakar sehingga ia benar-benar jelas kelihatan atau membesar.

Selepas menjalani pemeriksaan benjolan atau ketulan berkenaan adalah kanser buah zakar.

Oleh itu, pemeriksaan sokongan seperti ujian imbasan dan sebagainya akan dilakukan doktor untuk mengetahui kandungan benjolan berkenaan dan selepas itu, barulah dapat dipastikan sama ada benjolan itu berbahaya atau tidak.

Seperkara lagi, walaupun negara kita boleh dianggap maju dan moden, masyarakat masih lagi percaya dengan bomoh dan dukun. Bukan hendak menafikan keupayaan perubatan tradisional untuk mengendalikan masalah kesihatan, tetapi sebaiknya anda perlu merujuk kepada rawatan saintifik sekiranya berhadapan dengan masalah benjolan di celah kangkang atau di buah zakar.

Perlu diingat, jangan ambil mudah sekiranya anda berhadapan dengan masalah seperti ini. Segera mendapatkan rawatan dengan doktor bertauliah dan diiktiraf bagi menjamin rawatan selamat.

Share


Kenali Tahap Ereksi Zakar Anda

TIDAK dinafikan, segelintir lelaki atau suami menghadapi masalah mengekalkan ketegangan alat sulit ketika menjalin hubungan kelamin bersama pasangan mereka. Ketegangan alat sulit individu ditentukan mengikut gred tertentu. Biasanya, lelaki dalam keadaan ghairah seksual akan mencapai ereksi zakar.

zakartegang

Zakar mengembang dan membesar akibat kemasukan banyak darah ke dalam liang otot pengembang zakar dan membuatkannya keras serta padat. Pada masa sama, ruang kavernosa otot erektil dalam liang otot zakar memudahkan banyak darah masuk untuk membuatkan zakar tegang dan padat.

Ini dikenali sebagai tahap ketegangan Gred 4, yang mana penetrasi boleh dilakukan walaupun wanita itu belum bersedia.

Ereksi Gred 3 hanya mampu melakukan penetrasi jika wanita itu bersedia, iaitu jika faraj cukup pelembap dan pelicin dan wanita itu melegakan pembukaan faraj. Jika tidak berbuat begitu, zakar tidak dapat masuk dengan penuh dan hanya tersempal di pembukaan faraj.

Untuk Gred 2 dan 1, zakar nampak besar tapi jika dipegang, pejalnya seperti zakar yang kena suntikan minyak bunga yang pernah saya jelaskan beberapa minggu lalu – nampak besar tapi tidak berguna. Jadi, ereksi Gred 2 ke bawah menyebabkan individu terbabit sukar melakukan tusukan.

Ada situasi di mana ereksi menjadi kurang padat akibat keciciran darah yang bertakung dalam ruang kavernosa otot erektil. Situasi ini dikenali sebagai ‘venous leak’ dan cara mengatasinya ialah menggunakan alat ‘cincin penambat zakar’ yang sesuai.

Cincin ini mudah ditemui di pasaran dengan pelbagai nama. Perkara yang mustahak, jika mahu mencuba cincin berkenaan, pastikan ia selamat dan diperbuat daripada bahan yang tidak memberi kesan negatif kepada zakar atau anggota kelamin pasangan perempuan.

Cincin diperbuat daripada getah mengandungi bahan kimia yang boleh menyebabkan alahan kepada kulit zakar dan faraj. Jika suami boleh mencapai ereksi tetapi gagal dalam keadaan mengekalkannya untuk tujuan tusukan, mungkin cincin itu dapat membantu.

Jika memang tak dapat ereksi mencukupi, dia perlu jumpa doktor untuk rawatan ED. Untuk permulaan, dia boleh jumpa doktor keluarga dan jika tiada perubahan, dia boleh jumpa pakar.

Sebarang masalah, sila datang ke Damai Service Hospital, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur atau layari laman web www.dsh.com.my

Share


Tiada Pancutan Mani Walau Setelah Sejam Bersama

(Artikel ini diambil daripada Harian Metro, dan Persoalan ini diajukan kepada Dr Ismail Thamby)

SAYA dan suami baru berkahwin enam bulan lalu. Saya ada beberapa kemusykilan yang sangat merunsingkan sejak awal perkahwinan kerana apabila bersama suami, dia tidak mampu keluarkan air maninya walaupun hampir satu jam bersama. Adakah itu tanda seseorang itu mandul? Saya pernah terbaca dalam buku, ini satu jenis mandul bagi pihak lelaki.

YANG BERMASALAH
Kuala Lumpur

Kebiasaan dalam persetubuhan seks penetratif, apabila lelaki itu mengalami rangsangan yang teramat sangat kepada anggota kelaminnya, itu akan mencetuskan fenomena ejakulasi.

Suami Mampu Bertahan Lama Tanpa Pancutan

GAMBAR HIASAN: Suami Mampu Bertahan Lama Tanpa Pancutan

Nampaknya perkara ini tidak berlaku kepada suami anda. Dia mampu melakukan seks penetratif dengan anda, tapi tidak dapat menghayati keseronokan yang dihajatkan kepada anggota kelaminnya untuk dia mencapai ejakulasi. Dia gagal mencapai ejakulasi secara persetubuhan. Masalah yang suami anda alami dikenali sebagai masalah non-ejaculation atau ‘retarded ejaculation’.

Mungkin dia boleh mencapai ejakulasi dengan caranya sendiri iaitu secara onani dengan cara dia menggesel anggota kelaminnya secara tersendiri yang mana tidak dapat dilakukan oleh alat sulit wanita! Atau dia hanya mencapai ejakulasi ketika dalam mimpi.
Memang masalah ini boleh menyebabkan masalah kesuburan di kalangan lelaki kerana kegagalan mencapai ejakulasi ketika bersetubuh. Tiada ejakulasi dalam alat sulit perempuan, maka tiada penyaluran benih lelaki.

Perkara ini boleh berlaku dalam beberapa situasi seperti kegagalan menikmati cetusan klimaks kerana tidak dapat rangsangan mencukupi kepada bahagian anggota kelamin (sebabnya kerana amalan onani yang menyebabkan individu itu hanya dapat cetusan ejakulasi dengan cara tersendiri dan tidak sewaktu bersetubuh dengan pasangan) atau mesej klimaks daripada otak tidak sampai ke bahagian yang memproses ejakulasi seperti lelaki mengalami penyakit diabetis yang merosakkan sistem urat saraf yang mengawal cetusan ejakulasi atau kes SCI (Spinal Cord Injury) atau kecederaan saraf kepada tulang belakang.

Masalah tiada ejakulasi sebab SCI boleh diatasi dengan pendekatan Teknik Electro Ejakulasi (khidmat ini kurang di Malaysia). Suami anda perlu jumpa pakar yang boleh mengendalikan masalah itu. Jika suami anda mahu jumpa saya, sila datang ke Damai Service Hospital, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur atau layari, www.dsh.com.my.

Share


Zakar Tidak Tentu

Salam,

Kali ini saya ingin paparkan satu masalah yang agak unik yang telah dikirim oleh seorang pembaca di dalam Harian Metro. Semoga anda juga dapat manfaat daripada yang diterangkan oleh Dr Ismail Thambi di sini. Happy reading!!

SOALAN:

Masalah Zakar Tidak Menentu Menghantui Pembaca Ini

Masalah Zakar Tidak Menentu Menghantui Pembaca Ini

SAYA berumur 38 tahun dan masalahnya apabila ereksi, alat sulit saya menegang ke atas serta tidak menentu. Apabila berjimak, isteri saya mengadu sakit kerana alat kelamin saya tidak boleh digerakkan mengikut posisi dikehendaki yang membuat saya juga kurang selesa. Bagaimana mengatasi masalah ini?

MAHU TAHU
Kuala Lumpur

Anda mengalami posisi ereksi yang menegak keras mendongak ke atas yang bergelar ‘hyperextension’. Keadaan ini mungkin berlaku akibat amalan anda memposisikan alat kelamin ke atas ketika memakai seluar dalam sejak kecil lagi.

Ketika tidur ereksi berlaku dan keadaan meniarap membuatkan alat sulit mendongak ke atas! Jadi, dalam keadaan begitu memang sukar bagi anda melakukan posisi yang beraneka kerana ereksi luar biasa itu.

Keadaan ini dapat diatasi dengan anda menjalani pembedahan kecil untuk memotong sedikit tisu ikatan antara pangkal alat sulit itu dengan tundun. Cara tanpa pembedahan ialah menggunakan alat penarik kelamin yang bergelar andropenis dan memposisikan alat itu ke bawah supaya alat sulit itu akan melengkung ke bawah ketika ereksi kelak.

Saya tidak syorkan anda mengurut atau menarik alat kelamin dan jangan membeli alat dari Internet kerana apa yang anda akan dapat ialah alat ciplak yang boleh merosakkan alat sulit anda.

Share


Suami Selalu Letih

Salam Ceria,

Apa khabar anda pada hari ini? Saya harap anda sentiasa ceria dan bertenaga dalam apa jua keadaan. Kalau anda selalu penat dan letih, jangan biarkan ianya berlarutan kerana mungkin akan menjejaskan prestasi anda sebagai seorang lelaki dan juga suami. Kali ini saya ingin berkongsi artikel oleh Dr Ismail Thamby yang disiarkan di Harian Metro.

Lelaki Yang Selalu Kepenatan Boleh Jejaskan Hubungan Dengan Pasangan

Lelaki Yang Selalu Kepenatan Boleh Jejaskan Hubungan Dengan Pasangan

SAYA ada menerima rintihan daripada seorang isteri yang mendedahkan perasaannya terhadap hubungan intim dengan suaminya, ingin saya nyatakan di sini bahawa masalah sebegitu kini banyak dialami oleh kebanyakan wanita yang sudah berkahwin.

Berdasarkan kepada rintihan wanita itu, dia nyatakan bahawa sudah berkahwin selama lima tahun dan mempunyai dua orang anak dan suaminya bekerja tidak tentu masa dan banyak menghabiskan masa di tempat kerja. Dakwanya rutin harian suaminya hanya tertumpu pada kerja dan apabila berada di rumah hanya lebih suka tidur serta tidak pernah beriadah atau bersenam.

Yang menjadi kebimbangannya adalah suami dia mempunyai tahap klimaks yang sangat cepat dan kurang bersemangat untuk ‘bersama’ dan kalau bersama pun gagal tahan lama. Alasan yang sering diberi adalah penat dan apabila bersama, akan cepat ejakulasi walaupun cuma beberapa minit menjalinkan hubungan. Keadaan itu menyebabkannya kebingungan dan tidak puas hati dan ia jelas menunjukkan prestasi si suami tidak dapat memenuhi dan memberi kepuasan kepada si isteri. Situasi sedemikian seharusnya tidak boleh dipandang remeh dan memerlukan penyelesaian segera.

Seperti juga yang saya katakan, masalah sebegini dihadapi ramai lagi isteri dan pelbagai cara dilakukan untuk mencari jalan penyelesaian, sebilangan mereka cuba membincang dengan suami dan sebilangan suami mereka hanya mendiamkan diri saja dan ada juga suami yang cakap akan berubah tetapi tidak berbuat apa-apa.

Daripada rintihan isteri yang saya pernah dengar ialah sebilangan suami mereka menjauhkan diri apabila ditegur isteri mengenai kelemahan mereka, si suami bagai tertekan untuk melakukan hubungan intim kerana takut perkara yang sama berulang. Lebih-lebih lagi suami yang cepat klimaks atau gagal tahan lama. Kebanyakan lelaki yang mengalami masalah yang seperti didedahkan itu, mudah sangat untuk memberi alasan keletihan. Mereka enggan mengakui kesalahan mereka dan sepatutnya menjalani pemeriksaan doktor untuk mengetahui tahap kesihatan.

Jika mereka amalkan gaya hidup tidak sihat seperti tidak mengawal makanan atau tidak makan makanan seimbang, tidak menjaga berat badan, tidak melakukan senaman secara berkala, merokok dan minum minuman keras dan tidak mengurus tekanan, sudah tentu keadaan ini melemahkan tenaga batin dan syahwat mereka.

Lebih-lebih lagi jika mereka mengalami masalah kesihatan seperti peningkatan kolesterol dalam darah, tekanan darah, perubahan awal mengidap kencing manis atau penyakit koronari, sudah tentu masalah lemah tadi akan menjadi lebih ketara selagi masalah kesihatan itu tidak ditangani.

Perkara yang saya amat khuatir untuk suami yang sebegini ialah dalam keadaan terdesak mereka mencuba ubat kuat yang dijual secara langsung atau menjalani rawatan karut seperti urut dan makan jamu dan majun yang mungkin mengandungi ubat larangan atau menggunakan pam vakum tanpa rujukan doktor, apa yang terjadi bukan pemulihan, malah kesengsaraan yang menjejaskan kesihatan mereka.

Saya tidak tahu apa yang boleh disyorkan kepada pengadu, sebenarnya yang mengalami masalah ialah si suami dan dia tidak terfikir langsung yang masalahnya itu perlu rujukan doktor.

Dia juga perlu sedar yang perkara itu tidak akan hilang dengan mendiamkan diri saja. Dia perlu sedar yang dia ada tanggungjawab kepada anda dan anak dan apa yang dia buat itu hanya mensia-siakan dirinya dan keluarganya.

Saya harap semua lelaki yang membaca huraian ini terbuka hati untuk berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan dan menjalani rawatan moden dan yang selamat jika mereka mengalami masalah yang sama. Jangan cuba rawatan secara sendirian atau melalui iklan mengarut.

Share


Ereksi Sudah Tidak Berkualiti

SAYA masih bujang dan berusia 24 tahun. Saya mengalami masalah pada alat sulit dan risau dengan kemampuannya kerana sukar mengalami ereksi seperti biasa. Ini mungkin kerana kekerapan beronani sejak zaman sekolah. Kebelakangan ini saya mengalami sakit pinggang, adakah ia berpunca daripada perbuatan itu?

JEJAKA RISAU
Selangor

Lelaki Sihat Pentingkan Aspek Pemakanan Seharian
Lelaki Sihat Pentingkan Aspek Pemakanan Seharian

Ereksi dan lelaki tidak boleh dipisahkan kerana fenomena ini sinonim untuk lelaki dan ia muncul sejak janin lelaki masih dalam kandungan, yang mana ereksi janin lelaki dapat kelihatan melalui imbasan ultrasound.

Fenomena ereksi menjadi lebih ketara apabila lelaki itu akil baligh dengan ketumbesaran anggota kelamin dan perkembangan sistem kawalan syahwat.

Tidak hairan jika lelaki itu sangat mudah mencapai ereksi pada bila-bila masa selepas mencapai akil baligh, terutama jika kerap merangsangkan anggota kelamin (onani) dan mencapai keghairahan dengan menonton video atau Internet yang menghangatkan perasaan syahwat.

Lelaki itu akan terasa tindak balas syahwatnya berkurangan apabila mula mengurangkan aktiviti mengghairahkan itu sehingga dia rasa kemampuan ereksinya kurang walaupun masih muda.

Istilah mati pucuk atau impotensi digunakan untuk menggambarkan kegagalan lelaki mencapai ereksi atau ketegangan alat sulit yang mencukupi untuk tujuan persetubuhan.

Ada lelaki tidak pernah mengalami atau menghayati ereksi dalam hidupnya, dan fenomena ini dikenali sebagai mati pucuk prima. Ini jarang berlaku.

Kebanyakan kes mati pucuk ialah mati pucuk sekunder atau mati pucuk kerana berlaku perubahan kesihatan sama ada perubahan fizikal (organic impotence) atau mental (psychological impotence).

Anda menganggarkan mengalami masalah mencapai ereksi berkualiti atau ereksi tidak seperti dulu dan anda kaitkan masalah ini kepada amalan onani.

Kini anda sudah kurangkan amalan itu dan tidak lagi terbabit dengan aktiviti yang mengapi-apikan atau merangsangkan perasaan syahwat.

Dalam keadaan begitu, keadaan ereksi anda tentu berubah. Jika anda mencapai ereksi secara spontan dan ia tidak ‘bergelora’ seperti sebelum ini, yang penting anda masih mencapai ereksi.

Ereksi spontan yang berlaku pada sebelah awal pagi itu menggambarkan sistem fungsi ereksi normal, hanya kualiti atau tahap ereksi berbeza. Ereksi ini akan mengendur apabila anda terbangun atau selepas buang air kecil, ia juga normal.

Anda tidak perlu risau dengan apa yang berlaku kepada keadaan ereksi. Ia berlaku kerana anda tak terbabit dengan onani dan aktiviti merangsang syahwat dengan bahan lucah.

Anda sepatutnya tumpukan kepada pelajaran atau pekerjaan dan amalkan gaya hidup sihat, bebas daripada tekanan dan amalan tidak sihat seperti merokok dan minuman keras. Anda perlu lebihkan aktiviti fizikal seperti bersukan dan rekreasi.

Share


Zakar Pendek; Rasa Kurang Sempurna

Zakar Kecil dan Pendek Menghantui Kebanyakan Lelaki

Zakar Kecil dan Pendek Menghantui Kebanyakan Lelaki

SAYA mengalami masalah kemaluan kecil dan pendek, saya juga sering tiada ghairah untuk bersama isteri memandangkan keadaan saya yang kurang sempurna. Tiap kali bersama, hanya isteri yang melakukan aksi.

Apa harus saya lakukan demi mencapai kesempurnaan diri sebagai lelaki sempurna, adakah masalah ini masih boleh diatasi?

DUAN
Kuala Kangsar, Perak

Bukan anda seorang saja yang berasa anggota kelamin kecil. Malah lelaki yang mempunyai anggota sulit berbentuk normal dan saiz normal mengikut baka dan keturunannya juga rasa begitu.

Jadi tidak hairan jika ada pelbagai krim, kapsul ajaib dan kaedah urutan serta teknik suntikan yang kononnya khusus untuk menangani masalah saiz alat kelamin lelaki mendapat sambutan hangat tanpa mengira sama ada ia berkesan dan selamat.

Related Posts Plugin for <img src=, Blogger..." style="border: 0" />
Share


© Tips Untuk Lelaki
CyberChimps