Archive for the ‘Masalah Lelaki dari Harian Metro’ Category:


Mudah mengalah jika malas bersenam

option
Powered By WPOptinForm

SAYA lelaki yang jarang bersenam atau bersukan dan stamina saya sangat rendah, cepat penat dan termengah-mengah. Begitu juga dengan aktiviti seks, saya cepat penat, malah saya menghadapi masalah ejakulasi pramatang. Adakah masalah itu berkait rapat dengan stamina seseorang dan bolehkah ia diatasi dengan selalu bersenam?

INGIN TAHU,
Kuantan, Pahang

Aktiviti seks sememangnya memerlukan tenaga dan stamina. Malah, jika dibandingkan dengan pekerjaan dan aktiviti fizikal ringan, aktiviti seks memerlukan tenaga yang banyak dan daya fizikal yang kuat.

Anda Perlu Bersenam Untuk Kekal Lama dalam Aktiviti Seks

Anda Perlu Bersenam Untuk Kekal Lama dalam Aktiviti Seks

Jika individu itu lemah, letih dan lesu, tentu dia tidak dapat melakukan hubungan seks secara sempurna, tidak kira sama ada lelaki atau wanita.

Memandangkan anda mengaku cepat letih dan lesu dan tidak selalu melakukan senaman, tidak hairan jika anda mengeluh ketika hendak melakukan seks walaupun ada tarikan atau rangsangan.

Share


Suami Songsang

option
Powered By WPOptinForm

Salam,

Apa khabar anda semua? Kali ini saya ingin berkongsi dengan pembaca blog saya satu artikel yang disiarkan di dalam Metro Ahad karangan Dr Ismail Thamby. Ianya mengenai Suami Songsang. Saya agak anda dapat agak apa yang beliau maksudkan di sini. Ok, happy reading!!!

Mengenai alam berumah tangga, tentu banyak perkara baru dihadapi pasangan dan begitu juga dalam melakukan hubungan kelamin, mungkin kerana kurangnya pengetahuan.

Mempunyai Suami Songsang Menjadi Igauan Kepada Para Isteri

Mempunyai Suami Songsang Menjadi Igauan Kepada Para Isteri

Bagaimanapun, saya pasti semua pasangan yang mahu mendirikan rumah tangga akan menjalani kursus praperkahwinan dan tentu perkara mengenai nafkah zahir dan batin, termasuk aspek hubungan kelamin, diterangkan secara ringkas.

Jadi tiada sebab mengapa pasangan buat tidak tahu mengenai keperluan nafkah batin yang anda perlukan dan sekurang-kurangnya dia perlu tunaikan tanggungjawabnya.

Namun saya pasti ada ramai lagi wanita yang dibelenggu dan menderita dalam diam kerana masih tidak mendapat belaian daripada suami seperti sepatutnya.

Bagi saya, lelaki yang tidak melayan isterinya hanya mahukan teman hidupnya sebagai bahan tayangan atau ‘showcase wife’. Jadi kebanyakan daripada mereka memang baik daripada segi perangai tapi tidak berhati perut.

Sebilangan mereka sihat belaka dan mereka hanya ikut angin mereka. Jika nak buat, baru buat dan jika tidak, dia buat tidak tahu walaupun pasangan begitu inginkan hubungan intim.

Sudahlah begitu, mereka tidak suka pula bermesra dan jarang peluk atau mencium pasangan mereka. Jika pasangan tidak meminta, mereka akan buat tidak tahu saja.

Ada juga yang tidak dapat ‘berfungsi’ tapi besar hati mahu kahwin. Yang menjadi mangsa adalah isteri apabila terperangkap tanpa belaian seksual suami.

Suami terbabit hanya mencurahkan kekayaan dan kemewahan kerana sebahagian besar daripada golongan itu adalah orang kaya dan ternama.

Dalam situasi ini, sukar untuk buat sesuatu kecuali diri sendiri yang membuat pilihan, sama ada mahu laporkan perkara itu kepada pihak berkaitan atau membiarkannya.

Mungkin sebelum ini tidak ramai wanita terpelajar dan mudah dikongkong suami. Kini ramai wanita bijak pandai dan tahu hak mereka serta pantas bertindak.

Ada juga sebilangan kecil lelaki yang mahu melindungi sifat songsangnya dengan berkahwin, tapi sebaliknya lebih gemar beronani, menonton video lucah atau melakukan hubungan sumbang dengan lelaki lain.

Mereka hanya melayan isteri jika terdesak, dan itu pun secara paksaan. Saya terpaksa mendedahkan semua telatah lelaki yang sumbang ini supaya perempuan tidak mudah ‘terjerumus’ kepada lelaki bergelar suami yang tidak bertanggungjawab terbabit.

Suami terbabit perlu sedar apa yang mereka lakukan adalah penganiayaan terhadap perempuan. Saya syorkan isteri yang menghadapi situasi seperti itu supaya berdepan suami.

Minta suami ubah sikap yang mementingkan dirinya dan lakukan perkara baik demi keharmonian rumah tangga. Jangan biarkan dia fikir kerana sudah dapat, seseorang wanita itu tidak akan buat apa-apa.

Kini ada banyak khidmat kaunseling yang diberi badan kerajaan dan bukan kerajaan yang membolehkan mangsa mendapat bimbingan dan bantuan.

Saya harap sesiapa yang menghadapi masalah seperti itu dapat menemui jalan penyelesaian dan berdoa si suami dapat buka pintu hatinya untuk memberi kepuasan hidup kepada isteri.

DOKTOR SAKIT TUAN bersama Dr.Ismail Thamby
Share


Saiz Zakar Jadi Masalah

SAIZ zakar sering menjadi keutamaan lelaki dan ramai berpendapat anggota kelamin mereka tidak cukup besar lalu mencari untuk membesarkannya.

Namun ada juga lelaki yang bermasalah kerana saiz zakar dikatakan besar hingga menimbulkan rasa sakit kepada isteri ketika melakukan hubungan kelamin.

Kecil atau Besar? Kedua-dua Saiz memang mendatangkan masalah kepada lelaki

Kecil atau Besar? Kedua-dua Saiz memang mendatangkan masalah kepada lelaki

Tidak dinafikan saiz zakar suami yang besar boleh menimbulkan keresahan kepada wanita apabila mengalami kesukaran untuk memasukkannya dan memuatkannya dalam faraj. Sebenarnya faraj wanita mampu mengembang dan meluas.

Jika bayi yang besar itu dapat keluar menerusi faraj, tiada zakar yang lebih besar daripada itu! Yang mustahak ialah wanita itu mengembangkan pembukaan faraj ketika memasukkan ereksi suami ke dalam ruang faraj.

Untuk melakukan itu dia perlu legakan kemut atau jangan kemut. Kembangkan pembukaan lubang faraj. Jika permukaan faraj kurang lembap, gunakan pelicin supaya lebih mudah zakar masuk.

Secara semula jadi, faraj boleh mengembang dan meluas sehingga tiga hingga empat kali ganda atau lebih (ketika bayi keluar).

Jika isteri masih tidak dapat menyesuaikan farajnya dengan ereksi suami atau dia kerap mengalami kesakitan faraj dan vulva setiap kali bersetubuh, elok bawa isteri berjumpa pakar sakit puan untuk menjalani pemeriksaan.

Mungkin doktor dapat membantunya melakukan pemeriksaan dan mengajarnya cara untuk meluaskan faraj. Sebilangan besar wanita berasa faraj mereka sempit untuk ereksi suami, namun selepas melahirkan bayi mereka tidak lagi mengalami masalah itu.

Sementara itu ‘keprihatinan’ terhadap saiz zakar, terutama yang menganggap zakar mereka kecil dan timbul minat yang tinggi untuk membesarkannya, secara tidak langsung membuka peluang untuk individu yang mahu buat duit menyediakan rawatan dan kaedah bukan-bukan.

Memandangkan saiz zakar isu sensitif, mereka yang mahu membesarkan zakar tidak membincangkannya secara terbuka, sekali gus menyebabkan ramai penjual dan pengusaha kaedah pembesaran zakar bermaharajalela kerana mangsa mereka tidak mendedahkan penipuan dilakukan.

Keadaan itu menyebabkan lebih ramai menjadi mangsa. Selagi perkara itu tidak didedahkan, selagi itu ada yang terperangkap dan terpedaya. Lebih menakutkan, kaedah dan rawatan yang mereka amalkan boleh memudaratkan kesihatan atau alat kelamin.

Sebagai contoh, ada tukang urut atau tabib menyuntik bawah kulit zakar dengan minyak cendana atau minyak bunga hingga menyebabkan keseluruhan zakar mengalami radang. Memang benar zakar menjadi besar, tapi ia tidak berfungsi.

Akibatnya mangsa terpaksa pula membelanja ribuan ringgit untuk menjalani pembedahan pemulihan yang akan ‘membantutkan’ lagi zakar mereka!

Begitu juga kaedah lain seperti menggunakan alat penarik zakar palsu atau yang diciplak sehingga otot dalaman terkoyak dan berlaku kekerasan otot yang menyebabkan zakar menjadi bengkok (penyakit Peyronie).

Ada juga yang menggunakan pam vakum sehingga kulit gelembung dan lebam serta zakar rosak akibat kebekuan darah dalam zakar.

Sebenarnya rawatan pembesaran zakar perlu dilakukan doktor dan pakar perubatan yang berkaitan. Memang tidak dinafikan masalah saiz zakar, sama ada kecil atau besar, sangat penting, namun ia satu isu kesihatan dan perlu dikendali secara profesional.

Jangan mudah terpengaruh dengan laman web yang kelihatan profesional tapi maklumat di dalamnya hanya diceduk dan mengelirukan.

Ada juga laman menggunakan nama doktor, termasuk nama saya, dengan pelbagai komen yang semata-mata hanya untuk melariskan produk mereka.

Hakikatnya saya tidak pernah buat komen sebegitu. Jadi jangan percaya laman yang menggunakan gambar saya kerana banyak penipuan berlaku.

DOKTOR SAKIT TUAN bersama Dr.Ismail Thamby ; Metro Ahad 18 Oktober 2009
Share


Kesan Onani Kepada Kesihatan Lelaki

Salam pembaca budiman,

Kali ini saya ingin berkongsi satu artikel mengenai bahaya onani oleh Dr Ismail Thambi. Menurut beliau, kesan jangka panjang onani boleh menyebabkan zakar menjadi layu, lembik, gagal tahan lama dan mungkin boleh menyebabkan mandul. MasyaAllah, teruknya. Kalau sesiapa yang dah terlanjur tu, boleh la ubati dari sekarang dengan menggunakan teknik urutan yang diajar di dalam laman web www.walafiat.net. Ok, ikuti artikel menarik ini untuk tatapan semua.

BERONANI sudah menjadi seperti masalah lazim yang dihadapi lelaki kerana banyak soalan diajukan berkaitan ruangan ini. Berikutan itu saya gabungkan beberapa masalah yang kebanyakannya berkaitan ‘ketagih onani’ untuk renungan bersama.

Sebenarnya, dalam bidang perubatan banyak pertikaian mengenai amalan itu, dengan kebanyakan pakar psikologi berpendapat ia satu cara untuk mengenali diri secara mendalam, terutama mengenai tindak balas perasaan syahwat dan kemuncak rangsangan seksual.

Onani Memberi Kesan Kepada Lelaki

Onani Memberi Kesan Kepada Lelaki

Bagaimanapun, mereka tidak menjelaskan apa perlu dilakukan apabila amalan itu bertukar ketagihan kerana saya menerima banyak soalan daripada mereka yang mengaku ‘penagih onani’.

Masalah itu membabitkan semua peringkat usia dengan sebahagian besarnya remaja dan bujang, tetapi golongan berkahwin turut tidak ketinggalan dengan amalan ini, malah ada yang menyifatkan berasa lebih puas dengan beronani.

Anda boleh bayangkan tekanan yang diberi kepada anggota sulit dan sistem syahwat apabila beronani. Jika anda melakukan onani secara luar biasa seperti rangsangan seksual secara kasar dan kuat untuk mengecapi klimaks, mungkin apabila beristeri, anda mendapati bersetubuh dengannya tidak memberi kepuasan seperti anda kecapi secara onani.

Masalah ini dikenali sebagai ‘Traumatic Masturbatory Syndrome’. Yang menimbulkan masalah ialah onani mengakibatkan klimaks anda berlaku dengan cepat, yang jika berterusan dan diamalkan akan mengakibatkan anda tidak dapat bertahan lama apabila mengadakan hubungan seksual sebenar.

Selain itu, jika merangsang anggota sulit dengan ganas sehingga mengakibatkan ia sakit dan bengkak, mungkin satu hari nanti anda mengalami mati pucuk apabila kerosakan lama menunjukkan kesannya.

Ini kerana anggota sulit adalah organ vaskular dan tidak boleh dirangsang dengan keras. Ia hanya sesuai untuk dirangsang melalui salur faraj wanita.

Berkaitan benih dan kesuburan, ia bukan dalam pengaruh onani. Bagi anda yang sihat dan buah zakar berfungsi dengan baik, ia pasti mampu menghasilkan sperma.

Namun, kerosakan buah zakar boleh berlaku pada bila-bila masa ketika melakukan onani. Jika ia berlaku dan menjejaskan kilang sperma, tentu anda akan mandul kerana sperma tidak lagi dihasilkan ‘kilang’.

Sebagai contoh, anda melakukan onani dalam keadaan tidak terkawal seperti pengaruh alkohol, menyebabkan tidak tahu atau sedar ketika itu anda meragut atau mencederakan buah zakar.

Anda hanya menyedari selepas beberapa lama yang buah zakar anda menjadi semakin kecil atau bengkak, dan jika kilang sperma terjejas, anda menjadi mandul.

Sudah tentu perkara yang menyeronokkan sukar dihentikan, kecuali berlaku perkara memudaratkan seperti keradangan buah zakar dan kebengkakan zakar.

Bagaimanapun, sudah terlewat jika tiada cara merawatnya. Mungkin jika zakar terkulai, bengkok atau patah, ada cara rawatan seperti pemulihan dengan pembedahan atau penggunaan alat pemulih. Kalau rasa zakar anda dah layu, jangan pula cuba membeli ubat kuat di pasaran yang tidak tentu hala ya..takut memberhaya..nak jadi ubat kuat..jadi lain la pulak..hmmmm..

Share


Kesan Demam Kepada Lelaki

SAYA pernah ditanya, adakah demam kuat boleh menyebabkan lelaki menghadapi masalah tenaga batin? Secara saintifik, jarang masalah lemah tenaga batin berlaku akibat demam, tetapi kemungkinan ia berlaku secara kebetulan tetap ada.

Adakah Demam Boleh Memberi Kesan Kepada Lelaki?

Adakah Demam Boleh Memberi Kesan Kepada Lelaki?

Bayangkan keadaan seseorang yang demam. Mereka menjadi letih, lesu dan sudah pasti tidak mudah terangsang. Jadi, hubungan kelamin tidak dapat dilakukan untuk beberapa lama dan selepas pulih pula, perasaan lemah dan kurang tenaga masih wujud.

Tidak hairan jika seseorang lelaki itu mendapati dia tidak ‘bertenaga’ selepas diserang demam kuat’ manakala perjalanan darah dalam otot zakar juga kurang lancar.

Jika terangsang, ereksinya tidak mantap dan mudah mengalah. Malah, sesetengah lelaki mendapati sukar melakukan gerakan daripada satu posisi ke satu posisi lain ketika bersetubuh, mengakibatkan ereksi mengalah atau gagal serta gagal tahan lama.

Masalah menjadi lebih rumit jika tiada keyakinan dan kekuatan semangat, sekali gus akan memberatkan lagi pencapaian ereksi. Berdasarkan pengalaman saya, lelaki yang menghadapi masalah ereksi akan cepat panik.

Mereka cuba mengatasinya dalam tempoh secepat mungkin, termasuk tindakan yang membahayakan kesihatan seperti mengambil ubat kuat tanpa berjumpa doktor atau mendapat rawatan tradisional seperti urut batin.

Sebenarnya kemantapan ereksi tertakluk kepada kemasukan darah yang mencukupi ke dalam otot zakar. Di samping itu, darah perlu kekal di dalam otot dan ini dipastikan oleh otot lantai pelvis atau otot kemutan yang sentiasa mantap dan dalam separa cengkam.

Selain itu, apabila ereksi berlaku, biasanya darah dalam salur vena zakar akan terperangkap. Apabila ia tidak berlaku, darah tidak kekal dalam otot dan ereksi kendur apabila darah terkeluar.

Kajian mendapati kemampuan ereksi tertakluk kepada tahap kesihatan yang mantap dan amalan gaya hidup sihat. Usia juga mempengaruhi kemampuan ereksi, selain kedudukan salur darah dan metabolisma lemak.

Kedua-dua itu pasti terganggu apabila seseorang lelaki melepasi usia 40 tahun. Penyakit yang ada kaitan dengan penuaan seperti kencing manis, koronari dan tekanan darah tinggi juga mempengaruhi syahwat.

Rawatan dengan ubat tertentu untuk penyakit darah tinggi dan kencing manis juga memberi kesan negatif secara tidak langsung kepada ereksi. Jika lelaki itu mengalami kelemahan otot kemut, senaman kemutan perlu dilakukan.

Ini boleh dilakukan dengan merapatkan kedua-dua paha dan mencengkam otot lubang najis dan lubang kencing serentak dan dilakukan sebanyak 50 kali sehari. Ketika mencengkam otot kemut, tahan nafas antara lima hingga 10 saat. Ini akan melangsingkan otot itu.

Related Posts Plugin for <img src=, Blogger..." style="border: 0" />
Share


© Tips Untuk Lelaki
CyberChimps