Archive for the ‘Sensasi’ Category:


Akibat Ketagihan Melancap

option
Powered By WPOptinForm

Melancap

Empat anggota SAR Hongkong menghabiskan 4 jam di sebuah taman untuk melepaskan penis seorang lelaki yang tersangkut di salah satu lubang bangku di taman Lantian, Hongkong – China. Inilah akibat daripada perbuatan melancap.

Dari pengakuan si lelaki malang tersebut, diketahui penisnya menjadi terjepit dan tidak boleh dia lepaskan ketika dia menggunakan lubang besi di bangku taman tersebut untuk melakukan onani atau melancap. Lelaki bernama Le Xing, 41 tahun, tersebut di duga seorang leaki yang kurang sihat mentalnya dan menghidap kelainan seks dan hobinya adalah melancap.

melancap

Lelaki Memasukkan Zakar Ke Lubang Untuk

Lubang besi pada bangku tersebut memang kecil tetapi Le Xing memaksakan penisnya masuk kedalam lubang tersebut untuk melancap bagi melepaskan nafsu seksnya. Tetapi ketika penisnya menjadi tegang dan membesar dia menjadi panik sebab dia tidak boleh mengeluarkannya dari lubang tersebut akibat daripada melancap. Akhirnya Le Xing menelefon polis meminta pertolongan bagi melepaskan penisnya kesan daripada melancap.

Untuk membebaskan penis lelaki tersebut, anggota SAR terpaksa membawa Le Xing bersama dengan bangku besi sepanjang 2,5 meter tersebut ke hospital. Doktor mengatakan bahawa lelaki tersebut sangat beruntung sebab penisnya masih baik ketika dikeluarkan dari jepitan besi tersebut setelah melancap.

Para fotografer dalam foto yang mereka buat di surat khabar-surat khabar berbahasa China menunjukkan para petugas SAR ini membawa Le Xiang bersama logam tertutup selimut merah.

Moral of the story…nak melancap..kena la pandai-pandai ya…lebih baik jangan melancap saja…

Melancap

Share


Malaysian Heroes, Malunya Menjadi Lelaki Ini

option
Powered By WPOptinForm

Salam,

Awal pagi ni seperti biasa, saya akan baca e-paper the Star, tersentak membaca kisah yang dalam The Star. Kisah ini diambil daripada posting youtube youhavebeenhacked88 posting di bawah nama Malaysian Heroes memaparkan bagaimana seorang lelaki memukul, menyepak seorang wanita serta kawannya yang cuba melindungi beliau. Mungkin ada orang tanya..relevent ke aku post cerita sebegini dalam blog ni? Semestinya relevant…sebab ini kisah lelaki gak..sebagai satu pengajaran untuk lelaki diluar sana…hati-hati dengan perlakuan anda…orang mungkin akan rakam salah laku anda, dan post dalam youtube..kalau bernasib baik..siap masuk dalam ‘the star’ seperti dalam cerita ini.

Tak kisah la apa yang berlaku di sebalik kisah ini, tapi layakkan seorang lelaki yang tampak begitu kuat melalukan sebegitu kepada seorang wanita? ok, di sini aku paparkan newspaper clipping dari The Star:

Ini lak paparan video yang aku ambil dari Youtube:

Semoga kisah ini menjadi satu pengajaran untuk kita semua.

Share


Tukang Urut Gay DiTahan Polis

Salam,

Berita ini agak baru…tapi sebenarnya isu ini bukan baru lagi di negara Malaysia ini. Apa kata anda bila baca artikel yang disiarkan dalam utusan malayisa ini?

JOHOR BAHRU 10 Jun – Jabatan Imigresen Negeri menahan tiga lelaki warga asing kerana bekerja sebagai tukang urut dalam serbuan di sebuah premis yang dipercayai turut menawarkan khidmat seks untuk golongan gay di Taman Pelangi, di sini semalam.

Timbalan Penolong Pengarah II, Amzari Abdul Jalil berkata, dalam serbuan bermula pukul 10 malam itu, ketiga-tiga lelaki warga China, India dan Thailand tersebut berusia 26 hingga 29 tahun.

Katanya, siasatan mendapati kesemuanya telah menyalahgunakan pas lawatan sosial dengan bekerja sebagai tukang urut di premis tersebut.

“Kita turut menahan seorang lelaki tempatan berusia 40-an yang juga pemilik pusat urut berkenaan bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Menurut Amzari, pemeriksaan ke atas pusat urut berkenaan menemui album mengandungi puluhan gambar lelaki dalam keadaan separuh bogel.

Katanya, premis berkenaan turut memaparkan gambar lelaki berbadan sasa berkenaan di sebuah laman web di Internet bagi menarik pelanggan.

“Kita tidak menolak kemungkinan premis urut itu menyediakan ‘pakej tambahan’ kepada golongan gay dengan kadar bayaran tambahan serendah RM35,” katanya.

Anzari berkata, berdasarkan maklumat premis berkenaan telah beroperasi sejak beberapa tahun lalu dan menjadi tumpuan di kalangan golongan gay.

Sementara itu, dalam serbuan berasingan di sebuah pusat latihan nyanyian di kawasan sama, jabatan berkenaan turut menahan empat wanita warga China yang bekerja sebagai gadis pelayan pelanggan (GRO).

Katanya, keempat-empat wanita berusia 27 hingga 41 tahun itu didapati menyalahgunakan pas lawatan sosial masing-masing.

“Kedua-dua kes disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan kesemua yang ditahan dibawa ke Depoh Tahanan Imigresen di Pekan Nenas dekat Pontian untuk tindakan selanjutnya,” ujar beliau. – Utusan

Share


Restoran Berahi di Kuala Lumpur?

Saya terkejut membaca laporan oleh Salman Hamat dan Mohd Firdaus Ibrahim dalam Harian Metro Sabtu 18 July 2009. Di sini saya letakkan cerita penuh mengenai Restoran Berahi di Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR: “Saya ingat restoran berahi sebegini hanya terdapat di luar negara, tak sangka di negara sendiri pun ada.

“Mungkin ini cara restoran terbabit mahu menarik pelanggan, tapi pada saya ia tidak sesuai dengan budaya kita,” kata seorang pelanggan sebuah restoran makanan laut di sini yang menyediakan pelayan hanya bercoli dan berseluar dalam.

Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Amri, 30-an, mendakwa terkejut ketika berkunjung ke restoran terbabit bersama pegawai atasannya.

Adakah Benar Wujud Restoran Berahi di Kuala Lumpur?

Adakah Benar Wujud Restoran Berahi di Kuala Lumpur?

Yang pasti, pelayan wanita seksi terbabit dijadikan umpan kepada pelanggan lelaki berpoket tebal untuk menjamu selera sambil ‘bermanja’ dengan pelayan.

Kebanyakan pelayan dipercayai warga China itu boleh disentuh atau diusik asalkan menyelitkan tip ketika mereka datang ke meja pelanggan.

Lebih mengejutkan, makanan turut dihidangkan di atas tubuh pelayan terbabit yang berbaring beramai-ramai di atas meja sebelum pelanggan memilih juadah digemari.

“Semua pelayan amat terlatih dan tidak segan silu membiarkan tubuh mereka ‘diterokai’ tangan gatal pelanggan.

“Malah, ada pelanggan yang bercumbu dengan pelayan seksi terbabit tanpa segan silu setiap kali mereka datang ke meja untuk menghidangkan makanan,” katanya.

Berkonsepkan ‘syurga makanan dunia’, restoran terbabit hanya menyediakan khidmat wanita seksi terbabit pada hujung minggu tertentu.

Bagaimanapun, mereka sedia menyediakan khidmat sama jika ada pihak berminat mengadakannya pada hari lain.

Difahamkan, restoran itu hanya dibuka kepada ahli berdaftar dan orang awam dilarang memasukinya kecuali dibawa ahli kelab.

Golongan berkenaan sanggup membayar antara RM500 hingga RM5,000 bagi menempah meja termasuk imbuhan kepada pelayan semata-mata mahukan layanan luar biasa.

Pada hari khidmat itu disediakan, setiap meja akan dicaj dua kali ganda daripada harga asal, tetapi perlu ditempah terlebih dulu, manakala tip kepada pelayan seksi terpulang kepada pelanggan.

Disebabkan sambutan hangat selain bimbang diketahui umum, restoran itu hanya menyediakan khidmat berkenaan di tingkat atas bangunan dua tingkat yang turut mempunyai kolam renang.

Kawasan restoran dikawal lebih lima pengawal bagi memastikan tiada kunjungan individu tidak diundang, terutama pihak berkuasa.

Difahamkan, pengawal akan mengetuk kon ke atas tar dua kali jika ada tetamu tidak diundang memasuki kawasan berkenaan.

“Siapa pun pasti berahi sebaik melihat pelayan cantik dan seksi berusia 20-an terbabit. Ada yang akan berlari-lari dalam keadaan separuh bogel di kawasan kolam renang.

“Ada yang melayan tetamu, namun paling istimewa terdapat berapa pelayan berbaring di atas meja dan makanan dihidangkan di atas tubuh mereka,” katanya ketika ditemui, semalam.

Berdasarkan maklumat diberikan, wartawan Harian Metro (HM) berjaya menyelinap masuk di antara puluhan VIP yang mengunjungi restoran terbabit yang beroperasi dari jam 10 pagi hingga 11 malam.

Risikan bermula sejak sebulan lalu apabila HM menerima e-mel mengandungi beberapa gambar panas pelayan restoran terbabit melayani pelanggan.

Bagi memastikan kesahihan e-mel berkenaan, dua wartawan HM berjaya memasuki restoran itu selepas beberapa kali mencuba.

Berdasarkan maklumat dikumpul, restoran terbabit didapati bersedia menganjurkan ‘parti liar’ berkenaan jika ada pihak berminat.

Sementara itu, Mufti Selangor, Datuk Seri Mohd Tamyes Abdul Wahid ketika dihubungi berkata, biarpun makan adalah satu ibadah, orang ramai tidak boleh mencampuradukkan perkara yang diharamkan dalam Islam.

“Yang haram tetap haram. Kita tidak boleh beribadah sambil melakukan dosa. Malah, menjadi satu kesalahan sekiranya kita menjadikan perempuan yang bukan muhrim sebagai pencetus nafsu ketika menikmati juadah.

“Seperti hadis Nabi Muhammad s.a.w, maka celakalah mereka yang memakan makanan yang haram,” katanya.

Related Posts Plugin for <img src=, Blogger..." style="border: 0" />
Share


© Tips Untuk Lelaki
CyberChimps