Archive for the ‘Soal Jawab Lelaki’ Category:


Zakar Besar dan Panjang Idaman Lelaki

option
Powered By WPOptinForm

Zakar

 

Zakar Besar dan Panjang

Salam,

Panas betul blog aku ni..suka citer pasal zakar la..zakar besar..pasal oral seks la…pasal hubungan seks..pasal inzal…itulah namanya blog untuk lelaki…kenapa lelaki? Sebab lelaki pasti ada pasangan masing-masing untuk ‘dipuaskan’….so…sesiapa yang merasakan anda perlu dan berkeinginan untuk memuaskan pasangan masing-masing..kena la selalu kunjungi blog Tips Untuk Lelaki yang sentiasa hangat ini.

zakar

Semua Lelaki Inginkan

Anda tahu tak semua lelaki suka jika zakarnya besar dan panjang? Dan boleh dikatakan semua lelaki berasa bahawa zakarnya tidak cukup besar. Walau bagaimanapun, saiz zakar adalah normal jika semasa lembik ianya berukuran antara 4 hingga 12 cm dan jika ia tegang dengan berukuran 7 hingga 18 cm.

Zakar Besar dan Panjang Kesukaan Pasangan

Ada juga yang mempunyai zakar yang panjangnya hingga 35 cm namun itu jarang berlaku. Wanita juga suka jika lelaki berzakar besar, zakar panjang dan panas. Ada satu ilmu di kalangan masyarakat Melayu yang boleh memanjangkan zakar menurut kaedah urutan yang dilakukan oleh pakar dalam bidang itu. Menurut ilmu ini, zakar boleh dipanjangkan mengikut kehendak orang yang empunya zakar (sehingga 1 kaki). eh…korang nak ke zakar sampai 1 kaki? Ngerinyaa……eheheh

Namun begitu mereka yang punyai zakar yang panjang sangat tidaklah akan merasa nikmat ketika jimak kerana tidak semua dari batang zakarnya akan masuk ke dalam faraj. Maka yang eloknya adalah zakar yang sebagaimana saiz yang telah dikurniakan oleh Allah.

Macam-macamlah pula bentuk zakar itu, ada yang tetap besar walau ia lembik dan dipanggil ia sebagai Zakar Jerung dan ada juga yang kecil semasa lembik dan dipanggil Zakar Lintah.

Kedua- dua jenis ini sama saja baiknya kerana yang penting ialah ketika ia tegang. Zakar Lintah itu lebih sihat kerana ia berfungsi dengan cara yang normal dan pembuluhnya tidak menyekat aliran darah. Apabila tegang pula ada zakar yang mendongak ke atas, ada zakar yang tunduk ke bawah, ada yang lurus betul dan ada juga yang bengkok ke kiri atau ke kanan. Yang lurus betul adalah yang paling baik kerana ketegangannya seimbang.

Zakar besar dan panjang sedap?

Bentuk batang zakar dan kepalanya juga berbeza-beza, ada yang batangnya besar di pangkal dan kecil tirus di hujung dan ada pula yang kecil di pangkal dan besar di hujung seperti ular tedung.

Zakar Ular Tedung ini adalah lebih baik. Begitulah keadaan zakar dan bentuk-hentuknya. Apa yang penting ialah bahawa zakar itu boleh menegang. Dengan mengamalkan berbagai posisi jimak, isteri anda akan merasakan seolah-olah zakar anda itu berbagai bentuknya.

So..anda punya macamana? dongak ke atas? dongak ke bawah? atau dongak ke depan? heheheh…semoga anda happy dengan perkongsian tak seberapa ini..Wassalam..

Zakar

Share


Bila Suami Tidak Lagi Bernafsu

option
Powered By WPOptinForm

Suami

MASALAH lelaki yang baru berkahwin atau sudah lama berkahwin dan kemudian kurang bernafsu melakukan hubungan kelamin bukan perkara biasa.  Walaupun persoalan ini sering ditanya kepada saya oleh golongan isteri, namun hakikatnya ramai mengalami nasib sama di luar sana.

Kebanyakan isteri mendapati pasangan mereka tidak romantik, tidak suka bercumbu-cumbuan atau sentuhan dan langsung tidak minat hubungan intim seksual. Meskipun beberapa kali si isteri cuba membangkitkan nafsu suami, namun akhirnya kecundang. Saya pasti, mereka yang dalam keadaan ini pasti buntu bila memikirkan masalah itu.

suami

Jika suami tetap bermasalah seperti itu, si isteri boleh menduga apa kesudahannya. Bagaimanapun, saranan saya kedua-dua individu seharusnya berbincang mengenai perkara itu.

Bagi isteri yang berdepan suami bermasalah, anda boleh memaklumkan kepadanya anda sanggup memberi kerjasama sepenuhnya untuk dia dan bersama-sama mencari jalan terbaik untuk menyelesaikan kebuntuan.

Memandangkan si suami sanggup berkahwin, itu bermakna dia berminat kepada wanita walaupun ada beberapa masalah mengatakan lelaki berkenaan tidak teruja kepada tubuh wanita.

Namun, kebanyakan lelaki bermasalah seperti ini mempunyai perasaan terhadap sesama jenis. Bagaimanapun, hanya dengan berkahwin dia dapat menyembunyikan ‘masalahnya’ itu dengan harapan dia kembali normal selepas berkahwin.

Dalam beberapa situasi, sesetengah lelaki homoseksual dapat mengurangkan perasaan minat kepada kaum sejenis untuk seketika dan selepas berkahwin, perubahan sebaliknya berlaku.

Wanita atau isteri yang berdepan lelaki seperti ini seharusnya berterus-terang dengan suami dan memintanya turut berterus terang. Jika boleh, sama-sama harus mencari jalan untuk memperbaiki masalah itu.

Jika menerusi perbincangan pun masalah itu masih sukar diselesaikan, si suami boleh mendapatkan rawatan daripada pakar. Malah jika ia bertambah rumit, kedua-dua pihak perlu mendapatkan rawatan dan berjumpa pakar psikologi dan kaunselor rumah tangga atau jabatan agama.

Kebarangkalian masalah itu berkaitan dengan lelaki homoseksual. Jadi, saranan saya, wanita yang belum berkahwin harus menilai dan menyelidik latar belakang pasangan. Masalah ini bukan sesuatu yang boleh diubati. Begitupun, ia sesuatu yang boleh dielakkan.

Suami

Share


Zakar Kecil dan Tak Mampu Bertahan Lama

Salam,

Masalah serantau..masalah lelaki..inilah selalu yang menghantui setiap lelaki. Ada ramai pembaca blog saya hantar emel bertanyakan masalah yang mereka hadapi, iaitu isteri tidak dapat mengalami kepuasan seks kerana suami mempunyai zakar yang kecil dan tidak mampu bertahan lama. Sehubungan dengan itu, saya ingin berkongsi satu tips daripada Dr Ismail Thamby, mengenai masalah ini.

Sebelum itu, sekiranya anda inginkan rahsia hebat besarkan zakar secara rileks dan pantas..jangan lupa layari laman web www.tips.besarkanzakar.com

Ok, ini adalah cerita berkenaan dengan suami yang dalam dilema. Happy reading..

SAYA mendirikan rumah tangga sembilan tahun lalu. Tahun ini saya berusia 30 tahun, isteri 36 tahun dan kami ada tiga cahaya mata berusia tujuh, lima dan tiga tahun.

Isteri sering memperkecilkan kemampuan seks saya. Dia selalu mengatakan zakar saya kecil dan saya tidak mampu bertahan lama. Sehingga kini dia sering mengatakan tidak puas melakukan hubungan kelamin dengan saya.

Apa yang harus saya lakukan untuk memperbetulkan ‘keadaan’ itu?

NIZAM
Nilai, Negeri Sembilan

Masalah seksual adalah masalah pasangan walaupun hanya seorang mengalaminya. Ia timbul sebagai masalah apabila kehendak dan keinginan pasangannya tidak tercapai.

Soalnya ialah sama ada kehendak itu melebihi batasan kemampuan pasangannya yang dianggap bermasalah. Jika ya, pasangan yang tercabar perlu berusaha atau mencari jalan untuk mengatasi masalah itu.

Tanpa maklum balas daripada pasangan yang mencabar, tentu pasangan yang tercabar tidak tahu setakat mana dia perlu tingkatkan usahanya untuk menyahut cabaran pasangannya.

Lagipun, pasangan yang mencabar itu sama ada dia adil dalam cabarannya iaitu kehendaknya memadai atau luar biasa dan tidak ‘normal’, oleh itu cara terbaik ialah pasangan itu berjumpa pakar atau kaunselor untuk bimbingan.

Isu zakar kecil dan soal bertahan lama yang anda ketengahkan dan dipertikaikan oleh pasangan bukanlah masalah besar. Mungkin anda dilahirkan dengan zakar sebegitu dan tidak menyangka saiznya kecil.

Mungkin anda mempunyai saiz zakar yang biasa untuk lelaki Melayu, Asia atau sebaliknya. Zakar sebegini biasa kelihatan kecil bila tidak beraksi, namun membesar ketika teruja secara seksual.

Share


Suami Tak Tahan Lama a.k.a. Cepat Klimaks

SAYA wanita berusia 27 tahun dan berkahwin lima bulan lalu. Adakah tubuh berisi boleh menyebabkan saya sukar hamil? Selain itu, apabila bersama, suami lebih cepat klimaks dan tak tahan lama berbanding saya dan air maninya meleleh keluar ketika mencabut kemaluannya. Adakah keadaan suami yang cepat klimaks menyebabkan tidak berlaku persenyawaan dan menyukarkan untuk saya hamil?

ISTERI RUNSING
Melaka

Suami Cepat Klimaks Boleh Menjejaskan Hubungan Seksual

Anda dan pasangan baru berkahwin lima bulan dan masih berjinak-jinak dalam hubungan seksual. Suami anda dapat menyalurkan ereksinya ke dalam faraj dan melakukan ejakulasi.

Jika begitu, anda mempunyai peluang tinggi untuk hamil. Air mani memang terkeluar apabila faraj dirapatkan dan memandangkan anda gempal, ruang menjadi sempit dan air mani terkeluar bila paha dirapatkan. Kemungkinan besar semua air mani terkeluar.

Jika anda mahukan ia kekal dan tahan lama, cara berkesan ialah selepas selesai hubungan dengan suami, jangan merapatkan paha, sebaliknya kekalkan posisi kaki secara terbuka.

Anda juga tidak digalak melakukan kemutan. Kemut selepas selesai melakukan hubungan membuatkan cecair atau air mani suami dalam faraj terkeluar.

Mengenai masalah cepat klimaks, air mani yang keluar tetap kekal dalam faraj dan sperma berkeliaran dalam faraj untuk memasuki serviks dan mencari telur jika kebetulan anda dalam waktu subur.

Jika suami lakukan tusukan secara keluar masuk, tentu dia rasa sentuhan bertalu-talu pada penghujung zakar. Dia perlu kekalkan ereksi dalam faraj dan menggerakkan pangkal zakar tanpa mengeluarkannya. Dengan cara begini, pangkal zakar yang kurang sensitif dapat mengelak klimaks cepat.

Dia juga boleh menggunakan cincin penambat zakar yang boleh dipasang ke pangkal zakar untuk mengurangkan rasa sensitif pada hujung zakar.

Cincin ini yang diperbuat daripada silicon (bukan getah) selamat untuk zakar dan faraj. Ia boleh didapati melalui Internet.

Jika masih tidak hamil dalam masa setahun, anda dan pasangan perlu merujuk kepada doktor untuk menjalani pemeriksaan awal kesuburan.

Share


Zakar Bengkok Merbahayakan Ke?

SAYA mempunyai saiz zakar normal tetapi ia membengkok ke depan. Kebanyakan zakar lelaki yang saya tahu menegang atau mendongak ke atas, tetapi saya menegang ke depan dan membengkok. Adakah rawatan untuk masalah ini? Mungkinkah saya ada masalah melakukan penetrasi apabila berkahwin?

MAHUKAN PENJELASAN
Johor Bahru

Keadaan dan bentuk zakar tidak sama untuk semua lelaki. Memandangkan zakar tidak bertulang, ia mudah dibentuk atau diluruskan secara sederhana tanpa menyakitkan.

Zakar yang kedudukannya tidak sehala ketika ereksi, seperti melengkung ke kiri, kanan, atas atau bawah secara sederhana, ia boleh diluruskan sama ada oleh lelaki itu atau pasangannya untuk dimasukkan ke dalam faraj dengan mudah.

Lain pula jika proses meluruskan zakar yang ereksi itu menyakitkan. Mustahak untuk lelaki itu berjumpa doktor untuk membetulkan kedudukan zakar.

Jika pasangan wanita terasa sakit atau tidak selesa disebabkan ereksi berbentuk luar biasa dan sukar disalurkan ke dalamnya, tentu persetubuhan penetratif jadi hambar.

Bentuk dan keadaan zakar ketika tidak ereksi ialah melentuk dan tergantung. Bagi lelaki yang mempunyai zakar ‘mengembang’, ketika tidak ereksi ia kecil dan terbenam.

Dalam keadaan ereksi, zakar mendongak dan bahagian depan melengkung seperti huruf ‘S’. Sebahagian besar lelaki akan mendapati ereksi mereka sedikit ke kiri dan ini kerana sifat aktif otot bulbocavernosus (otot yang menampung pangkal zakar) kiri yang tegang dan membuatkan ereksi menghala sedikit ke kiri.

Jangan Risau Sekiranya Zakar Anda Bengkok

Posisi, kedudukan dan bentuk zakar berubah apabila ada parutan dalam otot zakar atau selaput tisu pengembang zakar menebal dan situasi ini dikenali sebagai penyakit Peyronie.

Jika zakar berbentuk luar biasa itu yang disebabkan parutan atau tisu pembalut otot menebal diurut, ia akan memudaratkan masalah sedia ada.

Kaedah mengurut atau menarik zakar tanpa kawalan dan pengawasan boleh merosakkan zakar. Tiada ubat, minyak atau krim urutan dapat membetulkannya. Anda perlu rujuk doktor untuk pemeriksaan.

Share


Tak Selesa Dengan Saiz Zakar Yang Besar

Salam,

Berjumpa lagi sekali dalam posting berkenaan dengan kesihatan lelaki. Kali ini aku ingin paparkan keghairan lelaki yang inginkan zakar besar, zakar gemuk..zakar panjang…be careful..sebab tak semestinya anda mempunyai zakar yang panjang..zakar yang besar..itu adalah sesuatu yang menyeronokkan..bayangkan tiba-tiba di khalayak ramai anda ‘stim’, di mana anda mahu sorok bonjolan yang seakan terkeluar?

Ok, kali ini ada seorang pembaca ajukan pertanyaan kepada Dr Ismail Thamby di dalam Metro Ahad mengenai saiz zakar beliau yang besar…

SAYA berumur 17 tahun dan mempunyai ukuran zakar 7 hingga 8 inci (ereksi), lebih besar daripada rakan sebaya serta melebihi pusat. Masalah saya ialah ketika ereksi di khalayak ramai saya terpaksa menahan kesakitan kerana zakar tersekat pada pinggang seluar. Selain itu saya juga sukar menumpukan perhatian dan kerap beronani bersama adik dan rakan sebaya.

Teruna rimas, Kuala Lumpur

Anda menghuraikan diri anda sebagai lelaki tulen dengan mengaitkannya dengan saiz zakar yang ‘luar biasa’. Apa yang anda dapat (anggota badan) sama ada kurang atau lebih, semua itu pemberian Allah.

Anggota badan termasuklah alat kelamin adalah amanah Allah dan anda perlu menjaganya dengan baik. Anda perlu menjauhi perkara yang ditegah dalam agama seperti melakukan aktiviti onani tidak kira bersendirian atau bersama rakan, menonton video lucah, melayari atau membaca bahan bacaan lucah.

Bayangkan jika anda ketagih beronani, sudah tentu alat sulit tidak berfungsi dengan sempurna dan berkemungkinan mati pucuk ketika usia masih muda.

Jangan terlalu memikirkan saiz zakar anda kerana ia tidak menandakan anda hebat dalam hubungan kelamin. Ia bukan senjata tetapi lebih berfungsi untuk mengikat kemesraan dengan pasangan apabila berkahwin kelak.

Tumpukan perhatian pada pelajaran dan masa depan anda kerana itulah yang akan menentukan kedudukan anda dalam keluarga dan masyarakat.

Share


Kurang Sperma Jejaskan Kesuburan Lelaki

Sudah empat tahun berkahwin tetapi hingga hari ini, kami belum dikurniakan cahaya mata. Saya ingin bertanya, apakah ada suplemen yang sesuai diambil untuk menambah sperma? Saya ada membaca artikel yang menyebut masalah kekurangan sperma berpunca apabila seseorang kekurangan zink. Apakah ini benar? Apakah tindakan yang perlu saya lakukan? Ada juga rakan-rakan yang menasihatkan saya mengambil rawatan kampung seperti berurut dan mencuba rawatan herba serta ubat kuat. Persoalannya, adakah kaedah ini membantu untuk meningkatkan jumlah sperma saya?

- Albert, Melaka

Saudara Albert,

Terima kasih di atas soalan yang ditanya. Saya berharap saudara telah pun menjalani pemeriksaan infertiliti (masalah kemandulan) kerana perkahwinan empat tahun tanpa cahayamata adalah satu perkara yang perlu mendapat perhatian saudara dan isteri untuk mendapatkan rawatan. Telah terbukti bahawa masalah infertiliti akan memberi kesan negatif kepada hubungan pasangan tersebut.

Di antara penyiasatan awal yang perlu dilakukan oleh saudara ialah menjalani pemeriksaan air mani. Seterusnya doktor akan merawat saudara jika penyiasatan menunjukkan saudara tidak ada atau kurang kualiti atau kuantiti sperma. Seeloknya saudara berbincang terus dengan doktor yang merawat untuk tindakan seterusnya. Soal samada saudara gagal tahan lama tidak relevan dalam soal kesuburan.

Berkenaan suplemen bagi menambahkan sperma, saya kurang pasti tetapi beberapa kajian herba contohnya Tribulus territeris (Tribestan) dan Tongkat Ali yang digunakan dalam tiga hingga enam bulan ada memberi kesan yang positif keatas jumlah kuantiti sperma. Walaubagaimanapun, kesan penggunaan jangka masa yang panjang tidak diketahui.

Setakat ini, bagi pesakit-pesakit saya, kesan herba adalah sangat tidak menentu. Ada pesakit yang mendapat kesan yang cukup baik tetapi ada juga yang tidak mendapat apa-apa kesan positif. Kajian herba Tongkat Ali akan terus dijalankan untuk memberi kepastian terhadap kesan ke atas air mani seseorang sebelum kita mengetahui dos dan jangkamasa yang sesuai sebelum mendapat kesan positif. Walaubagaimanapun, sila pastikan mendapat nasihat doktor sebelum menggunakan sesuatu ubat atau herba terutamanya sekarang terlalu banyak ubat dan suplemen yang terjual dipasaran.

Pada pandangan peribadi saya, jika benar pun masalah kekurangan zink boleh menyebabkan kekurangan sperma, saya tidak akan menasihatkan pesakit saya untuk mengambil suplemen tertentu. Ia mencukupi jika kita mengamalkan pemakanan seimbangan. Selain dari itu cara hidup sihat perlu diamalkan. Amalan merokok telah dibuktikan menyebabkan kualiti sperma menjadi tidak elok.

Saya juga tidak akan menasihatkan pesakit saya untuk berurut bagi mengatasi masalah ini. Tiada bukti menunjukkan urutan badan dan ke zakar atau buah zakar memberi kesan keatas pertambahan kualiti dan kuantiti sperma. Selamat berjaya menimang cahayamata

Share


Zakar Kurang Tegang

SAYA berusia 28 tahun dan mempunyai berat badan 140 kilogram. Saya jenis kurang bersenam dan kuat makan menyebabkan saya tidak dapat mengawal berat badan. Sejak kebelakangan ini pula, saya menghadapi masalah dengan ketegangan alat sulit saya. Ini menyebabkan saya risau kerana saya merancang untuk berkahwin tahun depan. Adakah masalah yang saya hadapi sekarang akan membawa kesan buruk kepada kesihatan saya?

- Joli, Selangor.

Saudara Joli,

Terima kasih di atas soalan tersebut. Tahniah kerana telah bersedia untuk berkahwin. Masalah yang dihadapi oleh saudara memang sering berlaku di kalangan orang-orang yang obes (mengalami masalah kegemukan). Ketegangan zakar dan kurang nafsu seks ialah di antara masalah yang dialami.

Banyak faktor kenapa obes memberi kesan kepada masalah yang dihadapi saudara. Sebagaimana yang saudara maklum, obes sangat berkait rapat dengan masalah penyakit kronik contohnya diabetes mellitus (kencing manis), hipertensi (darah tinggi), kolesterol yang tinggi dalam darah dan sebagainya. Obes juga menyebabkan masalah kekurangan hormon testosterone (hormon lelaki) yang berfungsi mengalir didalam darah.

Faktor-faktor di atas menyumbang kepada masalah yang dihadapi saudara. Disini saya ingin menasihatkan agar saudara segera berjumpa doktor dan jalankan pemeriksaan kesihatan bagi mengesan masalah kesihatan jika ada. Jika tiada, Alhamdulillah dan saudara mesti bertekad untuk mengurangkan berat badan dengan menjadi aktif semula. Insya Allah saudara akan dapati masalah ketegangan zakar akan berkurangan.

Ini telah dibuktikan dengan kajian diseluruh dunia yang mengatakan pengurangan berat badan bukan sahaja memberi kesan positif terhadap kesihatan fizikal dan mental, tetapi juga akan menyebabkan kehidupan seks seseorang itu akan bertambah baik. Saudara masih muda, jadikanlah perancangan perkahwinan tahun depan sebagai motivasi untuk mengurangkan berat badan saudara dan seterusnya membahagiakan kehidupan berkeluarga saudara.

Share


Bernafsu Terhadap Lelaki dan Wanita

WALAUPUN mempunyai teman wanita, nafsu dan keinginan saya terhadap kaum sejenis berbangsa Cina dan berumur terlalu kuat. Kini saya menjalin hubungan dengan tiga lelaki dan kami selalu mengadakan seks setiap hujung minggu. Saya tahu ia salah dan saya ingin kembali ke pangkal jalan.

LELAKI KELIRU
Kuantan

Minat Lelaki dan Perempuan
Minat Lelaki dan Perempuan

Anda kategori biseksual kerana mempunyai teman wanita dan dalam masa sama menjalin hubungan dengan lelaki. Di samping itu, anda obses terhadap lelaki berbangsa Cina yang berumur (tua).

Anda juga sering mengadakan hubungan seks dengan lelaki. Alhamdulillah, anda menyedari perbuatan itu salah dan ingin keluar dari kancah seks songsang.

Jika bersedia untuk berubah, bermakna anda juga bersedia menghentikan hubungan dengan ketiga-tiga lelaki berkenaan dan fokus perhatian anda pada teman wanita.

Selagi anda berhubung dengan tiga lelaki berkenaan atau mana-mana lelaki, anda sukar melepaskan diri daripada terus menjalin hubungan songsang yang sebenarnya memberi mudarat kepada saudara dalam jangka panjang.

Selain itu, anda perlu mengelak apa jua bahan berunsurkan seksual, lelaki tua dan berbangsa Cina, termasuk menerusi Internet, dan bersosial dengan mereka bagi mengurangkan seterusnya menghilangkan perasaan obses itu.

Dalam hal ini anda perlu ada azam tinggi, iman serta jati diri dalam peralihan ke arah positif. Anda juga boleh mendapatkan bimbingan pakar kaunseling bagi mengatasi masalah itu.

Share


Gemuk Memberi Kesan Kepada Lelaki

Salam,

Data terkini yang dinyatakan oleh Menteri Kesihatan baru-baru ini pada tahun 2010, 60% rakyat malaysia mengalami masalah kegemukan. Boleh dikatakan rakyat Malaysia gemuk kerana kurangnya pengetahuan tentang kesihatan yang sebenar, iaitu dengan mengambil piramid makanan yang betul dan juga perlu bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.

Kegemukan Memberi Masalah Kepada Lelaki

Kegemukan Memberi Masalah Kepada Lelaki

Kegemukan memang menjadi satu kerisauan kepada kaum wanita kerana tidak kelihatan cantik dan bergaya. Namun bagi lelaki, ramai yang tidak kisah tentang berat badan mereka, kerana mereka menganggap tetap dapat ‘tackle’ wanita walaupun berbadan gemuk. Namun awas….orang lelaki yang gemuk sebenarnya boleh menghadapi masalah dalam mengadakan perhubungan dengan isteri.

Untuk posting kali ini, saya paparkan permasalahan tentang kegemukan dan telah dijawab oleh Dr Ismail Thamby di dalam ruangan Pakar Lelaki Harian Metro. Saya harap anda akan mendapat manfaat daripada posting ini.

SAYA berusia 25 tahun dan mempunyai berat badan 125 kilogram. Sejak kebelakangan ini, saya menghadapi masalah dengan ketegangan alat sulit saya. Saya merancang untuk berkahwin tahun depan. Saya jenis kurang bersenam dan kuat makan. Adakah masalah yang saya hadapi sekarang akan membawa kesan buruk kepada kehidupan seks saya?

LEE Shah Alam, Selangor

Fungsi seksual yang normal memerlukan sistem urat saraf yang berfungsi normal, perjalanan darah yang sempurna, tahap hormon seks yang normal dan sistem kawalan seks yang cergas. Anda muda dan sudah tentu mempunyai sistem kawal seks yang cergas serta boleh dan mudah teruja serta mampu mencapai ereksi.

Hanya apa yang berlaku ialah ereksi anda tidak bertahan lama dan kurang cergas. Ini kerana keadaan kesihatan anda yang kurang cemerlang, tidak melakukan senaman dan mempunyai berat badan yang berlebihan (obesiti).

Anda mungkin tahu obesiti membuatkan tubuh badan anda tidak berdaya atau lembab. Secara langsung, badan anda menjadi kurang aktif dan ini menyebabkan penghasilan hormon testosterone yang mustahak untuk fungsi syahwat menurun, kesudahannya ialah perkara yang berlaku kepada anda.

Apabila anda mula melakukan aktiviti fizikal iaitu bersenam secara berkala dan mengawal berat badan, keadaan anda yang tidak bermaya itu akan berubah kepada lebih aktif. Jadi amalkan gaya hidup sihat dan anda akan dapat ganjaran seperti yang dihajati.

Related Posts Plugin for <img src=, Blogger..." style="border: 0" />
Share


© Tips Untuk Lelaki
CyberChimps