Archive for the ‘Soal Jawab Lelaki’ Category:


Zakar Tidak Tentu

option
Powered By WPOptinForm

Salam,

Kali ini saya ingin paparkan satu masalah yang agak unik yang telah dikirim oleh seorang pembaca di dalam Harian Metro. Semoga anda juga dapat manfaat daripada yang diterangkan oleh Dr Ismail Thambi di sini. Happy reading!!

SOALAN:

Masalah Zakar Tidak Menentu Menghantui Pembaca Ini

Masalah Zakar Tidak Menentu Menghantui Pembaca Ini

SAYA berumur 38 tahun dan masalahnya apabila ereksi, alat sulit saya menegang ke atas serta tidak menentu. Apabila berjimak, isteri saya mengadu sakit kerana alat kelamin saya tidak boleh digerakkan mengikut posisi dikehendaki yang membuat saya juga kurang selesa. Bagaimana mengatasi masalah ini?

MAHU TAHU
Kuala Lumpur

Anda mengalami posisi ereksi yang menegak keras mendongak ke atas yang bergelar ‘hyperextension’. Keadaan ini mungkin berlaku akibat amalan anda memposisikan alat kelamin ke atas ketika memakai seluar dalam sejak kecil lagi.

Ketika tidur ereksi berlaku dan keadaan meniarap membuatkan alat sulit mendongak ke atas! Jadi, dalam keadaan begitu memang sukar bagi anda melakukan posisi yang beraneka kerana ereksi luar biasa itu.

Keadaan ini dapat diatasi dengan anda menjalani pembedahan kecil untuk memotong sedikit tisu ikatan antara pangkal alat sulit itu dengan tundun. Cara tanpa pembedahan ialah menggunakan alat penarik kelamin yang bergelar andropenis dan memposisikan alat itu ke bawah supaya alat sulit itu akan melengkung ke bawah ketika ereksi kelak.

Saya tidak syorkan anda mengurut atau menarik alat kelamin dan jangan membeli alat dari Internet kerana apa yang anda akan dapat ialah alat ciplak yang boleh merosakkan alat sulit anda.

Share


Lamanya Aku Tak Update Blog

option
Powered By WPOptinForm

Selamat Tahun Baru 2010!!!

Lama betul aku tak update blog ini. Bukannya sengaja, tapi aku begitu bz sejak ambil Master HR Management di UUM, KL ini.Bukannya tak ada bahan utk disiarkan, banyak tak terkira. Aku harap pembaca semua bersabar kerana habis exam pada minggu depan, aku akan update dengan banyak lagi info.

Lelaki Perkasa perlukan minyak hebat...Wild X adalah jawapannya

Lelaki Perkasa perlukan minyak hebat...Wild X adalah jawapannya

Nampaknya perniagaan minyak Wild X mendapat sambutan hangat walapun tiada iklan secara besar-besaran. Nak tahu apa minyak wild-x? layari web www.walafiat.net

Selain daripada wild x, produk yang aku jual yang dapat sambutan hangat adalah Jus Mate 5. Keterujaan orang-orang untuk kuruskan badan ni memang hebat!!! Tambah lagi dengan produk yang amat berkesan.

Ok, aku berundur dulu, kita jumpa di lain posting.

Share


Sperma Kurang Punca Lambat Dapat Anak?

SAYA seorang lelaki berusia 27 tahun dan aktif dengan sukan bola sepak. Untuk pengetahuan doktor, saya sudah dua tahun berkahwin tetapi hingga hari ini, kami belum dikurniakan cahaya mata.

Saya ingin bertanya, apakah ada supplement yang sesuai diambil untuk menambah sperma? Saya ada membaca artikel yang menyebut masalah kekurangan sperma berpunca apabila seseorang kekurangan zink. Apakah ini benar?

Apakah tindakan yang perlu saya lakukan? Apakah saya boleh membeli supplement dari farmasi? Atau mungkinkah ada jenis pemakanan yang sesuai untuk saya?

Jawapan

MENGIKUT pandangan pakar pemakanan ada beberapa jenis vitamin dan mineral yang boleh membantu meningkatkan mutu, bilangan dan kualiti sperma.

Adakah Sperma Kurang Boleh Sebabkan Lelaki Mandul?

Adakah Sperma Kurang Boleh Sebabkan Lelaki Mandul?

Salah satu komponen penting ialah zink. Zink penting untuk proses pembahagian sel dan penghasilan sperma yang sihat. Ia adalah salah satu mineral yang penting dalam fungsi seksual seseorang lelaki.

Ini kerana zink diperlukan dalam metabolism hormone testosterone; perkembangan buah zakar; penghasilan sperma dan terbabit dalam proses pergerakan dan menambah jumlah sperma.

Zink juga menjadi unsur penting dalam mengurangkan lebihan hormon estrogen dalam badan lelaki. Kajian menunjukkan apabila seseorang lelaki mengalami proses ejakulasi, beliau akan kehilangan 5mg zink dari badan.

Pengambilan alkohol juga akan mengurangkan paras zink dalam badan. Saudara boleh meningkatkan pengambilan zink dengan mengambil makanan seperti daging, ayam, ikan, telur kekacang dan bijirin seperti oat.

Selain itu, saudara juga boleh mengambil zink dalam bentuk supplement yang banyak dijual di pasaran. Selain dari zink, ada beberapa vitamin dan mineral yang boleh diambil untuk kesihatan sperma.

Antaranya ialah:

  • Amino asid
  • Vitamin A
  • Vitamin B6
  • Vitamin B12
  • Folate
  • Vitamin C
  • Vitamin E
  • Selenium
  • Coenzyme Q
  • Asid Lemak yang penting seperti Omega 3 DHA dan Omega 6

Selain itu, ada beberapa perkara yang perlu dielak bagi mendapatkan sperma sihat.

Antaranya ialah:

  • Elak dari terdedah kepada suhu tinggi. Ini kerana sperma akan berfungsi dengan baik pada suhu 32 darjah celcius. Oleh sebab itu, buah zakar terletak di dalam kerandut zakar untuk memastikan suhu buah zakar lebih rendah dari suhu badan. Elak memakai seluar dalam ketat atau athletic support. Lebih baik, jika saudara memakai boxer pada siang hari dan kain ketika malam. Kurangkan mandi di sauna atau mandi dengan air yang terlalu panas. Elak juga dari memandu atau duduk terlalu lama tanpa rehat.
  • Elak dari mengalami tekanan berterusan.
  • Elak dari mengambil alkohol. Ini kerana alkohol akan mengganggu sekresi hormone testosterone, mempercepatkan perubahan testosterone ke estrogen dan mengurangkan bilangan sperma serta libido.
  • Berhenti merokok. Ini kerana merokok meningkatkan bilangan free radicals di dalam badan yang akan merosakkan sel. Ia akan mengurangkan bilangan sperma dan pergerakannya serta meningkatkan jumlah sperma yang tidak normal bentuknya. Free radical bertanggungjawab ke atas 40 peratus pemusnahan sperma.
  • Kurangkan pengambilan kafein. Ini kerana kafien akan menjejaskan penghasilan sperma, mengakibatkan keabnormalan kromosome dan menjejaskan pergerakan sperma.

Selain dari mengamalkan pengambilan supplement, saya nasihatkan saudara berjumpa dengan pakar urologi atau fertiliti. Ini kerana ada beberapa masalah yang menyebabkan kemandulan boleh dirawat melalui pembedahan.

Ini termasuk masalah seperti varicocele. Ujian air mani perlu dilakukan untuk mengetahui jumlah dan bentuk sperma. Saudara juga mungkin perlu menjalani ujian ultrasound pada buah zakar untuk mengetahui saiz buah zakar.

Proses ini juga untuk memastikan anda tidak ada masalah seperti varicocele. Biopsi pada buah zakar juga mungkin dilakukan untuk mengetahui status sebenar sperma di dalam buah zakar. Pembedahan kecil pada kerandut zakar perlu dilakukan untuk tujuan ini.

Sumber : Berita Harian
Share


Berperwatakan Lembut Dari Keturunan?

Berperwatakan lembut dari keturunan?

Bersama Pakar Urologi Prof Madya Dr Zulkifli Md Zainuddin, Ketua Unit Urologi, Pusat Perubatan UKM, Cheras.

Soalan:
SAYA berusia 22 tahun dan menghadapi dilema kerana berperwatakan lembut. Saya tidak mahu hidup dalam keadaan begini. Mengikut kata ibu, arwah adiknya juga berperwatakan lembut. Untuk makluman doktor, saya mempunyai tujuh orang anak saudara dan saya perhatikan, salah seorang daripadanya, berusia enam tahun juga memiliki perwatakan lembut.

Apakah ini ada kaitan dengan keturunan atau hormon? Adakah pil atau ubat untuk mengatasi masalah ini?

Baru-baru ini, ketika berkunjung di Pekan Golok, saya terjumpa pil Men Hormone Compound di sebuah kedai farmasi. Pil ini antara lain mengandungi ethyltestosterone 10 mg dan a-tocopheryl acetate 10 mg. Apakah ubat ini selamat jika diambil untuk merangsang kelakian?

Adakah pil hormon untuk lelaki dijual di Malaysia? Jika ada, di mana saya boleh mendapatkannya?

S,
Rantau Panjang, Kelantan.

Jawapan:
PERWATAKAN lembut dalam diri seseorang lelaki tidak berpunca dari keturunan atau masalah kekurangan hormone testosterone.

Malah hingga hari ini penyelidik masih tidak mengetahui punca sebenar seseorang lelaki itu berperwatakan lembut. Ada beberapa kajian menunjukkan ada pengaruh persekitaran ketika seseorang lelaki itu dalam alam kanak kanak dan sedang membesar – tetapi teori ini tidak boleh dibuktikan lagi.

Adakah keturunan mempengaruhi perwatakan lembut?

Adakah keturunan mempengaruhi perwatakan lembut?

Pengambilan pil yang mengandungi hormone testosterone tidak akan menyebabkan seseorang lelaki lembut bertukar sifat menjadi lebih keras. Malah, ia akan membawa kepada pelbagai kesan sampingan. Ini termasuk perubahan perasaan (mood swing), pengecilan buah zakar dan risiko menjadi mandul.

Kekurangan hormone testosterone dalam badan akan menyebabkan simptom antaranya cepat letih, tidak bertenaga, tidak bernafsu dan mati pucuk. Ia selalu bermula apabila seseorang lelaki itu mencapai umur 40-an ke atas.

Jika ragu-ragu, anda boleh berjumpa doktor dan paras hormone testosterone saudara boleh diukur dengan cara pengambilan darah.

Usahlah rendah diri atau tertekan dengan perwatakan saudara itu. Lelaki lembut mampu berfungsi seperti lelaki normal dari semua segi termasuklah dari segi seksual dan juga kebolehan mendapatkan zuriat.

Sumber: Berita Harian
Share


Senam Tahan Lama

SAYA ingin tahu sama ada wujud senaman harian yang membolehkan saya bertahan lebih lama ketika melakukan hubungan kelamin dengan isteri.

Saya ada satu cara senaman iaitu duduk bersila dengan paha kiri dan kanan dijungkit ke atas sebanyak 20 kali dan perlu dilakukan setiap pagi, adakah betul cara itu?

Buat pengetahuan doktor, isteri saya lambat capai klimaks dan ia sedikit membuatkan saya gusar terhadap ‘prestasi’ saya untuk memenuhi kepuasannya.

SYAM
Batu Pahat, Johor

Hubungan seksual bukan sekadar hubungan fizikal yang kerap dihebohkan oleh kebanyakan majalah atau media elektronik yang memaparkan gaya hidup, malah ia lebih daripada itu.

Bagaimana Cara Bersenam Untuk Tahan Lama?

Bagaimana Cara Bersenam Untuk Tahan Lama?

Ia bukan saja sekadar ‘sexual intercourse’, sebaliknya turut memerlukan ‘mental intercourse’ dan ‘emotional intercourse’. Ini hanya boleh dikecapi melalui komunikasi yang baik.

Jika anda dan pasangan terbuka untuk membincangkan apa saja yang mustahak dalam kehidupan anda berdua, termasuk kehendak seksual masing-masing, anda seharusnya secara bersama mencari jalan untuk mendapatkannya.

Dengan itu, sudah tentu masalah isteri tidak mencapai klimaks atau anda mudah mengalah tidak akan timbul. Kesepakatan memainkan peranan dalam melakukan hubungan intim, iaitu mengikut keselesaan kedua-dua pihak.

Sebagai contoh, anda boleh merangsang isteri mengikut kesukaannya dengan dia memberi panduan apa yang perlu dilakukan dan apabila dia masuk ke pintu klimaks, anda boleh mainkan peranan anda pula untuk menikmati klimaks.

Tidak perlu rekod masa kerana ia tidak mustahak apabila dua pihak seronok bersama! Jika anda mahu lakukan senaman untuk bantu menguatkan stamina, boleh berjoging atau lari deras.

Jika mahukan tenaga badan, bina badan dengan senaman bina badan dan jika mahu daya ereksi yang kuat, lakukan senaman kemut atau senaman kegel iaitu mencengkam lubang najis atau seolah-olah kencing.

Jika anda bersetubuh, lakukan gerakan ereksi dalam faraj tanpa mengeluarkan ereksi dari faraj, kekal dalam faraj dan gerak dalam kemut.

Ini memberi rangsangan padu kepada isteri dan jika gerakan dilakukan menghala ke langit faraj, tentu akan terkena bahagian yang menyeronokkan dan memudahkan isteri mencapai klimak.

Harian Metro : Soal Jawab Dr Ismail Tamby

Related Posts Plugin for <img src=, Blogger..." style="border: 0" />
Share


© Tips Untuk Lelaki
CyberChimps