Mati Pucuk

option
Powered By WPOptinForm

Mati Pucuk

Salam,

Mati Pucuk..sebagai seorang lelaki..agak gerun mendengar istilah mati pucuk..ibaratnya…hidup tiada guna lagi..eh..betul ke?

Mati pucuk adalah masalah yang dihadapi oleh semua lelaki. Cuma jenis mati pucuk yang berbeza-beza jenis tempoh pengidapannya tidak sama. Mati pucuk yang serius dibimbangi oleh lelaki.

Dikalangan orang-orang Melayu terdapat bidalan “Biar tiada beras jangan tiada keras”. Yang secara tidak langsung menyatakan bahaya mati pucuk kepada keharmonian rumahtangga.

Seorang suami yang mati pucuk akan ditimpa kerunsingan akibat dari gejala ini. Di zaman moden ini, ahli seksologi menyatakan bahawa mati pucuk itu banyak bersebab dari faktor psikologi maka kerunsingan tidak dapat mengubati mati pucuk. Cara yang paling elok adalah berubat secepat mungkin sama ada kepada doktor mahupun tabib.

Semua lelaki akan menghadapi mati pucuk, ada yang cuma berhari-hari, ada yang bertahun-tahun, ada yang seumur hidup. Punca mati pucuk itu banyak kerana kecederaan atau penyakit otak dan sistem saraf, penyakit buah pinggang, kecederaan pada zakar dan buah zakar atau jangkitan kuman, darah tinggi, kencing manis, penyakit di pundi kencing, urat-urat zakar telah mengembang atau kurangnya keanjalan otot kerana kurang riadah atau telah tua, disamping faktor psikologi.

Ada juga mati pucuk yang dikaitkan dengan buatan orang menerusi ilmu sihir. Lelaki muda adalah dmasihatkan oleh orang tua-tua agar jangan mempermainkan perempuan atau menganiayanya. Jika berkenan kepada seorang perempuan maka kahwinilah secara yang sah, ini akan memuaskan hati semua pihak.

Mati Pucuk Sebab Sebab Sihir

Mati pucuk sebab sihir ada diberitakan dari masa ke semasa di masyarakat Melayu. Ada yang menanggungnya bertahun-tahun, ada yang zakarnya sentiasa dikerumuni oleh semut tanpa sebab saintifik.

Mati Pucuk dan Jenis-Jenisnya

Di Barat dikenali empat Jenis Mati Pucuk dan disenaraikan di bawah ini bagi menambah pengetahuan:

1.        Zakar langsung tidak mampu menegang. Ia adalah jenis mati pucuk yang serius dan biasanya berlaku pada kadar 1 dalam 100 lelaki. Ia mati pucuk yang paling ditakuti lelaki.

2.        Zakar lembik dan tiada berupaya jimak. Mani keluar sebelum jimak. Ia adalah jenis mati pucuk yang mendukacitakan. Ia biasa diubati dan mungkin boleh berpunca dari amalan pemakanan serta kesan psikologi atau penyakit tua.

3.        Zakar tegang tetapi tiada boleh memancutkan mani. Ini juga termasuk mati pucuk, bukan tanda lelaki itu kuat tenaga batin. Lelaki terpaksa berhenti jimak kerana keletihan dan kejerihan.

4.        Zakar yang tiada tegang sebagaimana biasa. Ia juga adalah jenis mati pucuk. Ada yang menggelarnya sebagai lemah syahwat atau lemah tenaga batin. Jenis ini akan dihidapi oleh semua lelaki dan boleh diubati dengan memakan ubat, urutan, riadah dan berpantang.

SEhubungan dengan itu, mati pucuk di kalangan lelaki adalah bukan masalah biasa. Sesiapa yang merasakan mereka mengalami simptom mati pucuk, buatla rawatan dengan segera agar masalah mati pucuk ini tidak berterusan.

ok, ini saja perkongsian dari saya untuk kali ini. Semoga perkongsian ini memberi manfaat untuk anda semua.

Related Posts Plugin for <img src=, Blogger..." style="border: 0" />
Share and Enjoy:
  • Print
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google Bookmarks
  • Blogplay
Share

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

© Tips Untuk Lelaki
CyberChimps