Tukang Urut Gay DiTahan Polis

option
Powered By WPOptinForm

Salam,

Berita ini agak baru…tapi sebenarnya isu ini bukan baru lagi di negara Malaysia ini. Apa kata anda bila baca artikel yang disiarkan dalam utusan malayisa ini?

JOHOR BAHRU 10 Jun – Jabatan Imigresen Negeri menahan tiga lelaki warga asing kerana bekerja sebagai tukang urut dalam serbuan di sebuah premis yang dipercayai turut menawarkan khidmat seks untuk golongan gay di Taman Pelangi, di sini semalam.

Timbalan Penolong Pengarah II, Amzari Abdul Jalil berkata, dalam serbuan bermula pukul 10 malam itu, ketiga-tiga lelaki warga China, India dan Thailand tersebut berusia 26 hingga 29 tahun.

Katanya, siasatan mendapati kesemuanya telah menyalahgunakan pas lawatan sosial dengan bekerja sebagai tukang urut di premis tersebut.

“Kita turut menahan seorang lelaki tempatan berusia 40-an yang juga pemilik pusat urut berkenaan bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Menurut Amzari, pemeriksaan ke atas pusat urut berkenaan menemui album mengandungi puluhan gambar lelaki dalam keadaan separuh bogel.

Katanya, premis berkenaan turut memaparkan gambar lelaki berbadan sasa berkenaan di sebuah laman web di Internet bagi menarik pelanggan.

“Kita tidak menolak kemungkinan premis urut itu menyediakan ‘pakej tambahan’ kepada golongan gay dengan kadar bayaran tambahan serendah RM35,” katanya.

Anzari berkata, berdasarkan maklumat premis berkenaan telah beroperasi sejak beberapa tahun lalu dan menjadi tumpuan di kalangan golongan gay.

Sementara itu, dalam serbuan berasingan di sebuah pusat latihan nyanyian di kawasan sama, jabatan berkenaan turut menahan empat wanita warga China yang bekerja sebagai gadis pelayan pelanggan (GRO).

Katanya, keempat-empat wanita berusia 27 hingga 41 tahun itu didapati menyalahgunakan pas lawatan sosial masing-masing.

“Kedua-dua kes disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan kesemua yang ditahan dibawa ke Depoh Tahanan Imigresen di Pekan Nenas dekat Pontian untuk tindakan selanjutnya,” ujar beliau. – Utusan

Related Posts Plugin for <img src=, Blogger..." style="border: 0" />
Share and Enjoy:
  • Print
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google Bookmarks
  • Blogplay
Share

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

© Tips Untuk Lelaki
CyberChimps