Zakar Kecil dan Tak Mampu Bertahan Lama

option
Powered By WPOptinForm

Salam,

Masalah serantau..masalah lelaki..inilah selalu yang menghantui setiap lelaki. Ada ramai pembaca blog saya hantar emel bertanyakan masalah yang mereka hadapi, iaitu isteri tidak dapat mengalami kepuasan seks kerana suami mempunyai zakar yang kecil dan tidak mampu bertahan lama. Sehubungan dengan itu, saya ingin berkongsi satu tips daripada Dr Ismail Thamby, mengenai masalah ini.

Sebelum itu, sekiranya anda inginkan rahsia hebat besarkan zakar secara rileks dan pantas..jangan lupa layari laman web www.tips.besarkanzakar.com

Ok, ini adalah cerita berkenaan dengan suami yang dalam dilema. Happy reading..

SAYA mendirikan rumah tangga sembilan tahun lalu. Tahun ini saya berusia 30 tahun, isteri 36 tahun dan kami ada tiga cahaya mata berusia tujuh, lima dan tiga tahun.

Isteri sering memperkecilkan kemampuan seks saya. Dia selalu mengatakan zakar saya kecil dan saya tidak mampu bertahan lama. Sehingga kini dia sering mengatakan tidak puas melakukan hubungan kelamin dengan saya.

Apa yang harus saya lakukan untuk memperbetulkan ‘keadaan’ itu?

NIZAM
Nilai, Negeri Sembilan

Masalah seksual adalah masalah pasangan walaupun hanya seorang mengalaminya. Ia timbul sebagai masalah apabila kehendak dan keinginan pasangannya tidak tercapai.

Soalnya ialah sama ada kehendak itu melebihi batasan kemampuan pasangannya yang dianggap bermasalah. Jika ya, pasangan yang tercabar perlu berusaha atau mencari jalan untuk mengatasi masalah itu.

Tanpa maklum balas daripada pasangan yang mencabar, tentu pasangan yang tercabar tidak tahu setakat mana dia perlu tingkatkan usahanya untuk menyahut cabaran pasangannya.

Lagipun, pasangan yang mencabar itu sama ada dia adil dalam cabarannya iaitu kehendaknya memadai atau luar biasa dan tidak ‘normal’, oleh itu cara terbaik ialah pasangan itu berjumpa pakar atau kaunselor untuk bimbingan.

Isu zakar kecil dan soal bertahan lama yang anda ketengahkan dan dipertikaikan oleh pasangan bukanlah masalah besar. Mungkin anda dilahirkan dengan zakar sebegitu dan tidak menyangka saiznya kecil.

Mungkin anda mempunyai saiz zakar yang biasa untuk lelaki Melayu, Asia atau sebaliknya. Zakar sebegini biasa kelihatan kecil bila tidak beraksi, namun membesar ketika teruja secara seksual.

Related Posts Plugin for <img src=, Blogger..." style="border: 0" />
Share and Enjoy:
  • Print
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google Bookmarks
  • Blogplay
Share

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

© Tips Untuk Lelaki
CyberChimps